Adakah anda sedar tentang kursus pra-universiti yang boleh dihadiri  secara percuma di Malaysia? Selepas menamatkan SPM, anda kini boleh masuk ke dalam pengajian Tingkatan 6 dan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM): di sini, anda akan terus belajar selama 18 bulan di sekolah sebelum melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda anda di universiti awam, universiti swasta tempatan dan juga di luar negara.

The best Malay tutors available
Kirthana
4.9
4.9 (25 reviews)
Kirthana
RM25
/h
Gift icon
1st lesson free!
Syarvin
5
5 (11 reviews)
Syarvin
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Niq
4.9
4.9 (14 reviews)
Niq
RM55
/h
Gift icon
1st lesson free!
Syuen yee
5
5 (10 reviews)
Syuen yee
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Amira
4.9
4.9 (9 reviews)
Amira
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Kavitha
5
5 (8 reviews)
Kavitha
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Usha
5
5 (8 reviews)
Usha
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Noratika
5
5 (4 reviews)
Noratika
RM15
/h
Gift icon
1st lesson free!
Kirthana
4.9
4.9 (25 reviews)
Kirthana
RM25
/h
Gift icon
1st lesson free!
Syarvin
5
5 (11 reviews)
Syarvin
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Niq
4.9
4.9 (14 reviews)
Niq
RM55
/h
Gift icon
1st lesson free!
Syuen yee
5
5 (10 reviews)
Syuen yee
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Amira
4.9
4.9 (9 reviews)
Amira
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Kavitha
5
5 (8 reviews)
Kavitha
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Usha
5
5 (8 reviews)
Usha
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Noratika
5
5 (4 reviews)
Noratika
RM15
/h
Gift icon
1st lesson free!
Let's go

Apakah sistem STPM Malaysia yang baharu?

Bermula dari tahun 2012, STPM telah dinaiktarafkan kepada sistem modular. Maknanya, sukatan pelajaran dan sistem pemarkahan STPM telah diubahsuai. Sebelum ini, penilaian STPM adalah berasaskan 100% peperiksaan yang dijalankan pada akhir pengajian.

Pelajar yang menduduki peperiksaan STPM kini akan dinilai sepanjang 3 semester dan keputusan akhir setiap subjek akan dikira sebagai markah kumulatif untuk setiap semester.

Sebelum mendaftar dan memilih subjek untuk STPM, anda juga boleh membaca lebih lanjut mengenai jadual waktu peperiksaan serta pelbagai pilihan subjek yang sedia ada dalam aliran-aliran pengajian yang berbeza.

Bahasa Melayu STPM
STPM merupakan program Pra-U yang paling menjimatkan kos di Malaysia. (Image source: nst.com.my)

Bersiap sedia untuk mata pelajaran Bahasa Melayu STPM

Selain daripada peralihan sistem lama ke sistem modular, manfaat lain akibat perubahan baharu dalam STPM termasuk kaedah penilaian yang lebih holistik, iaitu penilaian dalaman yang melibatkan penilaian kerja kursus. Selain itu, pelajar yang kurang berpuas hati dengan gred peperiksaan mereka pada setiap semester boleh menduduki peperiksaan ulangan untuk meningkatkan peratusan markah.

Jika anda sudah memutuskan untuk mengambil STPM di samping berminat terhadap pembelajaran bahasa, anda boleh pertimbangkan Bahasa Melayu yang indah dan kaya dari segi kebudayaan. Kelebihan lagi? Ia juga merupakan bahasa kebangsaan Malaysia!

Izinkan kami membantu anda memahami format kertas Bahasa Melayu STPM!

Sepanjang 3 semester dalam Tingkatan 6, anda akan menghadapi lima kertas peperiksaan yang mempunyai kod yang berbeza. Jadi, pastikan anda mengisi kod subjek yang betul sebelum menjawab soalan dan mengisi borang yang dikehendaki sebelum menghantar kertas anda. Anda boleh membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang skema pemarkahan terkini untuk kertas Bahasa Melayu STPM.

Sebagai rujukan lanjut, kami akan memudahkan cara mengakses sukatan pelajaran Bahasa Melayu STPM yang lengkap untuk anda, yang juga terdapat di laman web MPM. Berikut adalah kod bagi setiap mata pelajaran dalam kertas Bahasa Melayu STPM:

Kod Mata PelajaranMata PelajaranSemester
910/1
Bahasa Melayu Kertas 11
910/2Bahasa Melayu Kertas 22
910/3Bahasa Melayu Kertas 33
910/4Kerja Kursus (Esei)2
910/5Kerja Kursus (Kertas Projek)3

Apa yang boleh dijangka semasa kertas Bahasa Melayu STPM pada semester pertama (910/1)?

Tajuk-tajuk yang akan dipelajari semasa kelas:

a) Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu

b) Bidang Fonologi

c) Pembacaan Kritis dan Analitis

d) Penulisan Esei Tidak Berformat

Setelah mengenali sukatan pelajaran untuk subjek Bahasa Melayu STPM, mari kita bincangkan format peperiksaan untuk semester pertama anda.

Peperiksaan anda akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C.

Untuk Bahagian A, terdapat 20 soalan aneka pilihan yang akan menilai pemahaman anda terhadap tajuk-tajuk Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu dan Bidang Fonologi.

Untuk Bahagian B, anda akan diberikan satu teks panjang dan diminta untuk mengaplikasikan pembacaan kritis dan analitis semasa menjawab soalan dalam seksyen pertama. Untuk seksyen kedua Bahagian B, anda perlu memberi jawapan dalam bentuk esei pendek yang tidak melebihi 150 patah perkataan.

Untuk Bahagian C, anda perlu menulis sebuah karangan (esei tidak berformat). Ingat: anda perlu memilih satu tajuk sahaja daripada tiga tajuk yang diberikan. Had perkataan untuk esei tersebut adalah antara 600 hingga 650 perkataan.

Perlu diingatkan juga bahawa mana-mana perkataan yang sudah melebihi 650 perkataan tidak akan diambil kira dan markah akan dipotong jika anda melebihi had perkataan. 

Sila perhatikan skop esei yang merangkumi pelbagai topik seperti ekonomi, pendidikan, sukan dan rekreasi, bahasa, seni, budaya, sastera, sains dan teknologi, kemanusiaan dan masyarakat. Oleh itu, amat pentingnya untuk meningkatkan pembacaan dalam topik-topik tersebut.

Tempoh masa untuk kertas Bahasa Melayu STPM dalam semester pertama anda adalah 2 jam.

Soalan Bahasa Melayu
Anda akan dapatkan soalan aneka pilihan dalam Bahagian A. (Image source: pexels.com)
The best Malay tutors available
Kirthana
4.9
4.9 (25 reviews)
Kirthana
RM25
/h
Gift icon
1st lesson free!
Syarvin
5
5 (11 reviews)
Syarvin
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Niq
4.9
4.9 (14 reviews)
Niq
RM55
/h
Gift icon
1st lesson free!
Syuen yee
5
5 (10 reviews)
Syuen yee
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Amira
4.9
4.9 (9 reviews)
Amira
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Kavitha
5
5 (8 reviews)
Kavitha
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Usha
5
5 (8 reviews)
Usha
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Noratika
5
5 (4 reviews)
Noratika
RM15
/h
Gift icon
1st lesson free!
Kirthana
4.9
4.9 (25 reviews)
Kirthana
RM25
/h
Gift icon
1st lesson free!
Syarvin
5
5 (11 reviews)
Syarvin
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Niq
4.9
4.9 (14 reviews)
Niq
RM55
/h
Gift icon
1st lesson free!
Syuen yee
5
5 (10 reviews)
Syuen yee
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Amira
4.9
4.9 (9 reviews)
Amira
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Kavitha
5
5 (8 reviews)
Kavitha
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Usha
5
5 (8 reviews)
Usha
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Noratika
5
5 (4 reviews)
Noratika
RM15
/h
Gift icon
1st lesson free!
Let's go

Bergerak kepada kertas Bahasa Melayu STPM pada semester kedua (910/2)

Tajuk-tajuk yang akan dipelajari semasa kelas:

a) Morfologi (morfologi bahasa Melayu yang mengkaji struktur perkataan, akar perkataan dan kata pangkal)

b) Sintaksis (mengenai cara kata-kata yang berasingan boleh digabungkan menjadi frasa dan ayat)

c) Analisis Kesalahan Bahasa (analisis dan pengenalpastian bahasa atau kesalahan tatabahasa)

d) Penulisan Esei Berformat

Sekarang, jom teliti format peperiksaan untuk semester kedua anda.

Untuk kali ini, kertas anda akan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Sebenarnya, anda mempunyai satu lagi penilaian dalaman untuk semester kedua. Jangan risau, penilaian ini akan dijelaskan dengan lebih terperinci di seksyen penilaian kerja kursus.

Untuk Bahagian A, anda perlu menjawab 30 soalan objektif. Skop soalan akan termasuk soalan-soalan mengikut topik Morfologi dan Sintaksis.

Untuk Bahagian B, anda akan menjawab soalan berstruktur dan soalan pendek tentang topik Morfologi dan Sintaksis, serta satu teks pendek mengenai topik Analisis Kesalahan Bahasa.

Tempoh masa bagi kertas Bahasa Melayu STPM Semester 2 anda adalah 1 jam 30 minit.

Bagaimanakah anda dapat meningkatkan pencapaian dalam Kertas Bahasa Melayu STPM Semester 3 (910/3)?

Tajuk-tajuk yang akan dipelajari semasa kelas:

a) Wacana (meliputi tatabahasa dan logik dalam bahasa)

b) Retorik (berkaitan dengan pemujukan serta bertujuan untuk memotivasi dan menyampaikan idea)

c) Variasi Bahasa 

d) Laras Bahasa 

e) Semantik (menjelaskan pengertian makna, rujukan dan perkataan)

f) Pragmatik (berhubung dengan konteks dalam makna)

g) Penulisan Ilmiah (penulisan akademik)

Sama seperti semester kedua anda, kertas ini akan dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

Untuk Bahagian A, anda perlu menjawab 20 soalan aneka pilihan. Anda akan dinilai dalam semua topik yang telah dipelajari dalam kelas, iaitu dari topik Wacana sampai ke topik Pragmatik.

Untuk Bahagian B, anda juga akan dinilai dalam topik yang sama seperti Bahagian A, tetapi soalan-soalan kertas ini adalah dalam bentuk soalan berstruktur dan soalan pendek.

Tempoh masa bagi kertas Bahasa Melayu STPM Semester 3anda adalah 1 jam 30 minit.

Janganlah risau, terdapat banyak sumber yang boleh anda rujuk untuk menyesuaikan diri dengan sumber rujukan STPM dan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas semasa pengajian anda sepanjang tiga semester.

Pengenalan kepada penilaian kerja kursus dalam kertas Bahasa Melayu STPM

Mengikut sistem baharu, calon-calon STPM mempunyai penilaian kerja kursus dalam pengajian STPM Semester 2 dan Semester 3.

Untuk Semester 2, pelajar perlu menulis sebanyak 8 esei untuk penilaian kerja kursus mereka. Esei pelajar akan dinilai dan diperuntukkan markah oleh guru mata pelajaran secara individu. Markah akhir penilaian pelajar adalah purata jumlah markah bagi 8 esei tersebut. Penilaian akan dijalankan pada waktu pembelajaran biasa di sekolah.

Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis esei yang akan dinilai dalam kertas Bahasa Melayu STPM 910/4:

No.Jenis KaranganHad Patah Perkataan
1Laporan600-650
2Syarahan600-650
3Ceramah600-650
4Ucapan600-650
5Memorandum600-650
6Minit Mesyuarat600-650
7Kertas Cadangan600-650
8Surat Kiriman Rasmi≥250

Semasa semester ketiga, pelajar perlu menulis dan membentangkan esei akademik untuk kertas Bahasa Melayu STPM 910/5. Pelajar-pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada empat atau lima orang, di mana mereka akan dinilai berdasarkan esei bertulis dan pembentangan mereka. Anda boleh mempelajari lebih lanjut mengenai struktur terperinci dan cara-cara untuk mendapat markah yang baik untuk esei Bahasa Melayu STPM anda melalui artikel di sini.

Format esei akademik

Panjang esei mestilah antara 2000 hingga 2500 patah perkataan (tidak termasuk rujukan dan bibliografi). Esei boleh ditulis menggunakan tulisan tangan atau ditaip atas kertas saiz A4.

Saiz font12
Jenis fontTimes New Roman
Jarak antara baris2.0
MarginKiri - 1.5, Kanan - 1.0, Atas - 1.0, Bawah - 1.0

Esei Bahasa Melayu STPM
Penulisan esei memainkan peranan penting dalam markah penilaian kerja kursus. (Image source: pexels.com)

Mengatasi cabaran kertas Bahasa Melayu STPM dengan Superprof

Kami faham bahawa ia mungkin mencabar untuk mengingati dan mengulang kaji setiap bahan rujukan yang perlu dipelajari dalam setiap semester. Itulah sebab kami mencadangkan supaya anda belajar dengan tutor peribadi yang mempunyai waktu pengajaran yang fleksibel serta pengalaman yang mencukupi dalam mengajar subjek Bahasa Melayu STPM.

Superprof adalah platform pembelajaran terbaik yang boleh anda gunakan untuk mencari guru-guru yang berkualiti dan berpengalaman di seluruh Malaysia yang mengaplikasi kaedah mengajar yang menarik. Guru-guru Bahasa Melayu di Superprof dapat membantu anda untuk menguasai keseluruhan mata pelajaran ini dan membimbing anda untuk belajar secara efektif untuk setiap bahagian kertas mengikut semester. Untuk setiap semester, anda akan mendapat panduan yang jelas tentang apa yang perlu anda pelajari untuk kertas Bahasa Melayu STPM anda.

Pada masa yang sama, anda juga boleh mendapatkan maklum balas langsung tentang cara meningkatkan markah penilaian kerja kursus anda. Memandangkan anda perlu menulis pelbagai jenis esei, guru Bahasa Melayu anda di Superprof bukan sahaja dapat mengajar anda tentang format yang betul, pelbagai contoh esei dan penilaian terhadap kerja kursus anda juga tersedia bagi meningkatkan kemahiran menulis anda secara menyeluruh.

Anda pasti akan sedar bahawa kehidupan anda sebagai seorang pelajar Tingkatan Enam menjadi lebih mudah apabila anda mengikuti kelas Bahasa Melayu STPM dengan Superprof! Kami berjanji bahawa ia akan menjadi pengalaman yang bersifat mesra pelajar.

Tahukah anda? Kelas pertama adalah percuma!

Daftarkan segera untuk memulakan pembelajaran Bahasa Melayu STPM yang efektif bermula hari ini!

Enjoyed this article? Leave a rating!

5.00 (1 rating(s))
Loading...

Ayleah

A lover of both psychology and food - Ayleah simplifies even the most complex ideas to make all things learning accessible to everyone. Read about interesting topics in Malaysia from a counsellor's perspective!