Pernahkah anda memandang soalan esei dan tiba-tiba, minda anda menjadi kosong dan anda tidak tahu bagaimana hendak memulakan esei? Jangan risau, anda tidak berseorangan. Penulisan karangan dalam mana-mana bahasa pada dasarnya merupakan sesuatu proses kreatif. Proses ini memerlukan kemampuan untuk memahami tajuk, kata kunci, format, dan cara menggunakan perkataan dan idea yang betul untuk mencipta hasil yang bermakna.

Namun demikian, jika anda mengambil Bahasa Melayu STPM sebagai salah satu mata pelajaran Tingkatan 6 anda, penulisan karangan memainkan peranan penting untuk mendapatkan skor A dalam kertas Bahasa Melayu STPM anda. Anda akan dinilai dalam komponen tersebut selama tiga semester.

Semester 1: Esei Tidak Berformat

Semester 2: Esei Berformat

Semester 3: Penulisan Ilmiah

Berikut adalah beberapa petua penting untuk diingati ketika anda menulis karangan untuk semua semester.

The best Malay tutors available
Kirthana
4.9
4.9 (25 reviews)
Kirthana
RM25
/h
Gift icon
1st lesson free!
Syarvin
5
5 (11 reviews)
Syarvin
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Niq
4.9
4.9 (14 reviews)
Niq
RM55
/h
Gift icon
1st lesson free!
Syuen yee
5
5 (10 reviews)
Syuen yee
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Amira
4.9
4.9 (9 reviews)
Amira
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Kavitha
5
5 (8 reviews)
Kavitha
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Usha
5
5 (8 reviews)
Usha
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Noratika
5
5 (4 reviews)
Noratika
RM15
/h
Gift icon
1st lesson free!
Kirthana
4.9
4.9 (25 reviews)
Kirthana
RM25
/h
Gift icon
1st lesson free!
Syarvin
5
5 (11 reviews)
Syarvin
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Niq
4.9
4.9 (14 reviews)
Niq
RM55
/h
Gift icon
1st lesson free!
Syuen yee
5
5 (10 reviews)
Syuen yee
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Amira
4.9
4.9 (9 reviews)
Amira
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Kavitha
5
5 (8 reviews)
Kavitha
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Usha
5
5 (8 reviews)
Usha
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Noratika
5
5 (4 reviews)
Noratika
RM15
/h
Gift icon
1st lesson free!
Let's go

Ikuti petua penting untuk Penulisan Esei Tidak Berformat Semester 1 anda

Dalam Bahagian C Kertas Bahasa Melayu STPM 910/1 anda, anda dikehendaki memilih 1 esei tidak berformat untuk ditulis daripada 3 pilihan yang diberi.

Esei individu tersebut memerlukan anda untuk menulis sebuah esei anda dalam sebanyak 600 hingga 650 patah perkataan. Markah keseluruhan untuk esei ini adalah 50 markah. Anda boleh meneliti secara lebih lanjut tentang skema pemarkahan untuk bahagian ini dan esei-esei STPM lain untuk rujukan anda.

Struktur esei untuk bahagian ini adalah seperti berikut:

Perenggan 1 - PENDAHULUAN

Perenggan 2-6 - 5 ISI (idea utama)

Perenggan 7 - KESIMPULAN

Terdapat juga empat elemen penting yang perlu anda perhatikan untuk Penulisan Esei Tidak Berformat:

1) Buat analisis dan kenalpasti kata kunci dalam soalan sebelum anda memulakan penulisan.

a) Faktor/ Punca/ Mengapa

b) Kesan

c) Langkah/ Usaha/ Cadangan

Kadang-kadang, soalan esei akan merangkumi antara dua kombinasi kata kunci. Contohnya:

Faktor + Kesan

Kesan + Langkah

2) Pastikan isi-isi dan kandungan esei anda relevan dan menjawab soalan dengan jelas.

Jelaskan idea-idea utama anda secara spesifk dan huraikan idea dengan contoh yang sesuai menggunakan isu semasa/ kajian kes/ statistik.

3) Patuhi aturan bahasa dan tatabahasa yang betul.

Pastikan anda menggunakan imbuhan, tatabahasa dan penanda masa yang betul dalam esei. Pastikan anda menggunakan Bahasa Melayu Standard dalam penulisan dan bukan "bahasa pasar" seperti dalam perbualan harian anda.

4) Periksa semula esei anda dari segi tanda baca dan format perenggan yang tepat.

Pastikan esei anda bebas daripada kesilapan ejaan, peletakan tanda koma dan titik, serta penggunaan huruf besar dari pendahuluan hingga penutup. Anda perlu sentiasa menulis 7 perenggan untuk bahagian kertas ini.

Penulisan esei Bahasa Melayu
Penting untuk ketahui apa yang dikehendaki oleh soalan peperiksaan semasa menyusun idea dan menulis karangan. (Image source: pexels.com)

Maklumat tentang Penulisan Esei Berformat Semester 2 anda

Sekarang, kita sudah sampai ke penilaian kerja kursus pertama anda untuk subjek Bahasa Melayu STPM! Anda akan menyiapkan tugasan ini pada waktu kelas. Anda tidak perlu risau sebab guru mata pelajaran anda akan memberi penerangan terdahulu tentang 8 jenis karangan, termasuk format, tarikh ujian dan dokumen yang perlu disediakan untuk esei-esei tersebut. Markah keseluruhan bagi tugasan ini adalah 25 markah.

Pertamanya, anda akan dinilai dalam 4 jenis esei seperti yang tertera di bawah:

a) Laporan

b) Teks ucapan

c) Ceramah

d) Syarahan

Guru mata pelajaran anda akan menilai dan memberi skor untuk keempat-empat esei anda dalam masa seminggu. Kemudian, penilaian kedua akan berlangsung dengan 4 jenis esei berikut:

e) Memorandum

f) Minit mesyuarat

g) Kertas cadangan

h) Surat kiriman rasmi (Markah bagi esei berformat surat kiriman rasmi tidak akan dikira dalam keputusan akhir esei berformat anda, tetapi pelajar masih perlu menghantar esei lengkap mengikut format ini.)

Sama seperti penilaian pertama, penilaian kedua yang dinilai oleh guru mata pelajaran anda dalam masa seminggu. Selepas itu, guru anda akan memasukkan keputusan anda ke dalam sistem yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Salah satu hasil pembelajaran daripada Bahasa Melayu STPM Semester 2 anda ialah anda akan dapat menulis dan membezakan antara 8 jenis esei yang dinyatakan di atas. Anda perlu juga hati-hati terhadap perenggan dan tajuk esei yang mempunyai format tersendiri.

Sesetengah jenis esei mungkin akan minta untuk selitkan kata-kata aluan dalam bahagian pendahuluan (teks ucapan, ceramah, syarahan), ciptakan alamat atau jawatan berfiksyen (laporan, memorandum) dan masukkan tandatangan anda (untuk surat kiriman rasmi dan sebagainya).

Peringatan penting: Setiap esei mesti ditulis dalam 600 hingga 650 patah perkataan kecuali surat kiriman rasmi (tidak melebihi 250 patah perkataan). Sekiranya esei anda melebihi had perkataan yang ditetapkan, markah esei akan ditolak.

The best Malay tutors available
Kirthana
4.9
4.9 (25 reviews)
Kirthana
RM25
/h
Gift icon
1st lesson free!
Syarvin
5
5 (11 reviews)
Syarvin
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Niq
4.9
4.9 (14 reviews)
Niq
RM55
/h
Gift icon
1st lesson free!
Syuen yee
5
5 (10 reviews)
Syuen yee
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Amira
4.9
4.9 (9 reviews)
Amira
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Kavitha
5
5 (8 reviews)
Kavitha
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Usha
5
5 (8 reviews)
Usha
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Noratika
5
5 (4 reviews)
Noratika
RM15
/h
Gift icon
1st lesson free!
Kirthana
4.9
4.9 (25 reviews)
Kirthana
RM25
/h
Gift icon
1st lesson free!
Syarvin
5
5 (11 reviews)
Syarvin
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Niq
4.9
4.9 (14 reviews)
Niq
RM55
/h
Gift icon
1st lesson free!
Syuen yee
5
5 (10 reviews)
Syuen yee
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Amira
4.9
4.9 (9 reviews)
Amira
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Kavitha
5
5 (8 reviews)
Kavitha
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Usha
5
5 (8 reviews)
Usha
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Noratika
5
5 (4 reviews)
Noratika
RM15
/h
Gift icon
1st lesson free!
Let's go

Bersiap sedia untuk Penulisan Ilmiah Semester 3 anda

Pelajar dikehendaki menulis esei akademik dalam 2000 hingga 2500 patah perkataan berdasarkan tema-tema yang diajar sepanjang 3 semester. Jumlah markah bagi bahagian ini adalah 50 markah.

Berikut adalah beberapa panduan penting untuk menulis esei akademik anda besertakan contoh tema yang diberikan.

Misalnya, dua tema yang diberikan adalah:

a) Semantik

b) Sejarah perkembangan Bahasa Melayu klasik

  1. Pelajar memilih untuk menulis topik berdasarkan tema Semantik
  2. Pelajar mengenal pasti skop tema dan membentuk tajuk akhir mengikut tema Semantik
  3. Pelajar menyatakan objektif kajian
  4. Pelajar mengemukakan kepentingan kajian
  5. Pelajar menjelaskan tentang skop kajian
  6. Pelajar menentukan batasan kajian
  7. Pelajar membina kaedah kajian
  8. Pelajar mencari maklumat dan mulakan penulisan mengikut tajuk
  9. Pelajar mengumpulkan dan mengaturkan hasil penulisan di bawah dapatan kajian
  10. Pelajar membuat rumusan kajian
  11. Pelajar menulis penutup kajian

Anda perlu ingat bahawa kerja kursus ini merupakan tugasan kumpulan. Setiap kumpulan perlu menyediakan 5 borang untuk projek ini yang perlu dihantar bersama esei akademik akhir dan pada masa pembentangan esei.

a) Muka hadapan kerja kursus (lampiran 1)

b) Borang perakuan calon (lampiran 2)

c) Borang rekod kerja kursus calon (lampiran 3)

d) Borang markah kerja kursus calon (lampiran 4)

e) Borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 5)

Anda boleh mencari pautan lengkap bahan kerja kursus (untuk Kertas 4 dan Kertas 5) untuk peperiksaan Bahasa Melayu STPM. Anda tentu boleh mencari format esei yang terkini dan relevan, serta contoh soalan esei dan karangan penuh yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Menulis esei Bahasa Melayu STPM
Perbincangan dalam kumpulan akan membantu anda mencipta esei akademik yang cemerlang. (Image source: pexels.com)

Cara-cara meningkatkan kemahiran anda dalam penuliasan esei Bahasa Melayu

a) Meningkatkan pembacaan dan mengkaji tentang pelbagai topik dalam Bahasa Melayu

Semasa anda bersedia penulisan esei pada semester pertama dan semester kedua, amatlah penting untuk memahami isu semasa pada tahap nasional dan global. Jika anda meneliti kertas soalan tahun-tahuan lepas dan sukatan pelajaran Bahasa Melayu STPM, anda akan mendapati bahawa soalan esei sering meminta pelajar untuk menentukan PUNCA, KESAN, dan LANGKAH untuk mengatasi sesuatu isu. Oleh itu, cara untuk mendapatkan skor yang baik dalam penulisan esei anda adalah dengan mengemukakan idea-idea utama yang bernas dalam setiap perenggan.

Tingkatkan amalan membaca dengan mendengar berita (secara atas talian dan konvensional), menonton dokumentari, dan mendengar temu bual mengenai perkembangan isu semasa. Anda juga boleh mengakses banyak aplikasi pembelajaran bahasa untuk meningkatkan kemahiran menulis esei Bahasa Melayu seperti aplikasi yang dicipta oleh seorang guru di Sabah untuk murid-muridnya.

Beberapa contoh topik popular adalah seperti berikut:

a) Isu alam sekitar (punca dan kesan pemburuan haram)

b) Pendidikan (cara-cara menyemai amalan membaca dalam kalangan pelajar)

c) Ekonomi (manfaat membeli produk tempatan)

d) Sains dan teknologi (kebaikan dan keburukan menggunakan e-dompet)

Selain itu, perhatikan topik yang berkaitan dengan bahasa kerana anda akan dinilai dalam topik berkenaan semasa tugasan kerja kursus semester ketiga anda. Memandangkan anda dikehendaki menulis esei dalam 2000 hingga 2500 patah perkataan untuk bahagian ini, pastikan anda meningkatkan pengetahuan kosa kata anda  serta mengetahui kata-kata istilah yang tepat.

b) Pastikan anda mengetahui kehendak yang berbeza mengikut esei

Semasa semester pertama, anda hanya perlu menulis 1 esei tidak berformat.

Format: 7 perenggan (pendahuluan, 4 isi dan kesimpulan)

Untuk semester kedua, anda perlu menulis 8 esei berformat yang berbeza.

Untuk semester ketiga, pastikan anda mengetahui semua tema bahasa yang diajar semasa Semester 1 hingga Semester 3: anda dikehendaki untuk menulis SATU esei akademik berdasarkan antara dua tema yang dinyatakan dalam soalan.

Usah bimbang kerana kami telah menyediakan gambaran keseluruhan yang tepat menjelaskan tentang format lengkap subjek Bahasa Melayu STPM sepanjang 3 semester.

Membaca esei Bahasa Melayu STPM
Membaca berita akan meningkatkan pengetahuan umum anda dalam pelbagai topik. (Image source: pexels.com)

c) Membuat praktis penulisan esei dengan menggunakan pemasa

Perlu diingati bahawa anda akan diperuntukkan had masa semasa peperiksaan. Pengagihan masa adalah kritikal untuk menduduki peperiksaan dengan lancar dan selamat. Oleh itu, anda harus amalkan praktis menulis esei dalam jangka masa yang telah diberikan supaya anda bersedia untuk peperiksaan sebenar.

Apabila anda sudah biasa menulis esei dalam masa yang diberikan, anda akan dapati bahawa kelajuan penulisan anda meningkat apabila menjawab soalan. Ingat: anda juga perlu meluangkan masa untuk menetapkan struktur esei anda dengan mengenal pasti format, bilangan perenggan, isi-isu utama dan huraian isi semasa peperiksaan.

d) Mengetahui teknik untuk menghasilkan dan mengembangkan idea anda dengan guru Bahasa Melayu daripada Superprof

Tiada apa yang lagi baik daripada mendapatkan panduan yang berguna dan praktikal untuk menulis esei yang cemerlang, iaitu daripada guru Bahasa Melayu yang berpengalaman. Anda akan belajar tentang cara membuat penerangan dan huraian isi utama yang relevan supaya setiap perenggan esei menjadi sistematik dan ditulis dengan baik.

Melalui sistem penapisan terperinci di laman web Superprof, anda dapat mengesahkan kelayakan pengajaran dan metodologi pengajaran guru-guru. Mahupun dari keselesaan rumah anda atau dari tempat belajar lain, anda pasti dapat sesuaikan diiri dengan guru Bahasa Melayu yang berpengalaman dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu STPM pada harga yang berpatutan!

Anda juga tidak perlu bimbang tentang masalah kekurangan kertas latihan kerana guru Bahasa Melayu anda akan menyediakan banyak kertas model Bahasa Melayu STPM dan kertas soalan tahun-tahun lepas untuk dicuba semasa dan selepas waktu pembelajaran.

Platform terbaik untuk menguasai penulisan esei Bahasa Melayu dengan cepat - Superprof

Proses untuk memahami Penulisan Esei Bahasa Melayu STPM bukanlah sesuatu yang perlu anda lakukan secara bersendirian di Superprof. Guru Bahasa Melayu yang boleh dipercayai akan membimbing anda dalam semua format esei mengikut semester dan membekalkan anda dengan latihan yang mencukupi serta maklum balas untuk meningkatkan kemahiran menulis anda.

Setiap waktu pembelajaran akan dirancang dengan baik supaya anda bersedia dengan panduan lengkap untuk kertas Bahasa Melayu STPM anda tanpa mengira semester. Selain itu, kelas pertama anda adalah percuma! Jangan tunggu lagi dan cepat mendaftar: jom capai penulisan esei yang cemerlang dan dapatkan skor A!

Enjoyed this article? Leave a rating!

4.00 (3 rating(s))
Loading...

Ayleah

A lover of both psychology and food - Ayleah simplifies even the most complex ideas to make all things learning accessible to everyone. Read about interesting topics in Malaysia from a counsellor's perspective!