Adakah anda seorang pemikir yang berorientasikan gambaran keseluruhan atau yang meneliti perincian? 

Katakanlah anda diberi tugas untuk memeriksa sesuatu kertas ujian.

Adakah anda akan memeriksa soalan-soalan dan menetapkan beberapa langkah untuk hadapi ujian secara kasar, ataupun membaca setiap soalan secara teliti dan menganalisis setiap kata kunci yang diberikan?

Setiap orang pasti mempunyai kecenderungan dan pemikiran yang berbeza dalam perkara ini, tetapi ada satu perkara yang kami percaya anda harus fokuskan secara khusus.

Perkara yang dimaksudkan adalah pemahaman terhadap kriteria penilaian ujian yang anda rancang untuk mengambil.

Ambil contoh ujian kecekapan bahasa seperti Ujian MUET (Malaysian University English Test).

Apabila anda tahu bagaimana anda akan dinilai untuk kesemua empat komponen (mendengar, membaca, menulis, dan bertutur), anda pasti akan dapat mencapai sasaran band yang dikehendaki.

Dalam artikel ini, kita akan melihat kriteria penilaian terkini untuk semua komponen yang diuji dalam MUET mengikuti perubahan format dan sukatan peperiksaan MUET pada tahun 2023.

The best ESOL (English) tutors available
Khadija
5
5 (8 reviews)
Khadija
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Saniya
5
5 (17 reviews)
Saniya
RM80
/h
Gift icon
1st lesson free!
Chung
5
5 (9 reviews)
Chung
RM33
/h
Gift icon
1st lesson free!
Adil
5
5 (10 reviews)
Adil
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Alina
5
5 (3 reviews)
Alina
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Sarah
5
5 (3 reviews)
Sarah
RM100
/h
Gift icon
1st lesson free!
Amanda
4.7
4.7 (7 reviews)
Amanda
RM85
/h
Gift icon
1st lesson free!
Fatima
5
5 (5 reviews)
Fatima
RM90
/h
Gift icon
1st lesson free!
Khadija
5
5 (8 reviews)
Khadija
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Saniya
5
5 (17 reviews)
Saniya
RM80
/h
Gift icon
1st lesson free!
Chung
5
5 (9 reviews)
Chung
RM33
/h
Gift icon
1st lesson free!
Adil
5
5 (10 reviews)
Adil
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Alina
5
5 (3 reviews)
Alina
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Sarah
5
5 (3 reviews)
Sarah
RM100
/h
Gift icon
1st lesson free!
Amanda
4.7
4.7 (7 reviews)
Amanda
RM85
/h
Gift icon
1st lesson free!
Fatima
5
5 (5 reviews)
Fatima
RM90
/h
Gift icon
1st lesson free!
Let's go

Cara Menguasai Komponen Mendengar MUET Anda

Menurut band MUET terkini yang telah dikemaskini, terdapat 9 band dalam ujian MUET (iaitu Band 1.0 hingga Band 5+, Band 5+ ditetapkan sebagai band tertinggi).

Setiap komponen MUET mempunyai perincian band khusus yang diikuti oleh pemeriksa untuk menentukan band pelajar. Namun, dalam komponen mendengar, perincian band tertinggi adalah untuk Band 5.

Baca dengan teliti dan fikirkan jika anda mempunyai kecekapan bahasa seperti di bawah:

  • Mampu memahami ucapan yang panjang sungguhpun strukturnya tidak jelas dan hubungan antara perkara-perkara dalam ucapan adalah tersirat dan tidak dinyatakan secara langsung (menangkap petunjuk halus, nada, dan sebagainya).
  • Tidak susah untuk memahami media dalam Bahasa Inggeris (filem, siri, dokumentari). 

Kedua-dua perincian ini akan dirujuk semasa ujian mendengar MUET sebenar ketika calon dikehendaki mendengar 5 bahagian rakaman audio. Rakaman audio melibatkan dialog dan monolog yang meliputi pelbagai topik dan melibatkan beberapa pembicara.

Mendengar audio MUET
Semasa ujian mendengar MUET, anda perlu cepat mengenal pasti maklumat yang penting daripada audio. (Image source: pexels.com)

Setelah mendengar, calon dikehendaki menjawab soalan-soalan aneka pilihan dan memadankan pilihan jawapan dengan pernyataan yang betul (jumlahnya 30 soalan). Di samping itu, panjang teks audio adalah sebanyak 250 hingga 700 patah perkataan.

Oleh sebab calon hanya diberi dua peluang untuk mendengar setiap teks sepanjang sesi, ia memerlukan kemahiran mendengar yang tinggi untuk memahami idea utama dialog serta mengenal pasti apa yang diminta oleh soalan-soalan dalam setiap bahagian kertas.

Sebagai contoh, jika sebuah rakaman antara dua individu dimainkan, calon perlu mengenal pasti konteks dialog tersebut dengan jelas.

Antara elemen yang perlu dikenal pasti termasuk mengenal pasti pembicara (adakah dialog ini wujud antara guru dan pelajar atau antara ibu bapa dan anak), tujuan dialog (memberi maklumat, mendidik, membuat janji temu, dan sebagainya), serta hasil akhir dialog (penyelesaian, sasaran yang dicapai, dan sebagainya).

Selagi calon dapat melakukan perkara di atas, mereka pasti lulus penilaian komponen mendengar ini dengan cemerlang!

Setelah itu, jangan lupa untuk mengkaji sumber pembelajaran MUET yang menakjubkan ini demi persiapan yang baik untuk semua kertas ujian anda.

Tips Mendapat Markah Cemerlang dalam Komponen Membaca MUET

Sekarang, mari kita berbincang tentang komponen membaca. Seperti komponen mendengar, cara menjawab kertas ini cukup mudah kerana terdapat jawapan betul yang sudah ditetapkan sebelum ujian.

Apa yang calon perlu lakukan adalah membaca teks dan petikan serta menulis jawapan yang betul bagi 40 soalan kertas.

Pertama, mari kita melihat 7 bahagian soalan (10 teks) dalam kertas membaca MUET.

  • Bahagian 1: Teks ringkas mudah yang mungkin melibatkan pengumuman, notis, dokumen rasmi pendek, risalah, brosur, direktori, jadual waktu, menu, label, dan lain-lain.
  • Bahagian 2 dan 3: Cerita pendek dari majalah, surat khabar, artikel blog, e-mel, atau surat (sama ada rasmi atau tidak rasmi) yang umum.
  • Bahagian 4 dan 5: Petikan yang panjang dari majalah khusus, artikel, ulasan, dan forum perbincangan.
  • Bahagian 6 dan 7: Teks yang panjang dan diadaptasi daripada buku teks, artikel jurnal, buletin penyelidikan, penerbitan profesional, dan penulisan sastera (dalam kata lain, bahagian-bahagian ini lebih bersifat akademik)

Oleh itu, TIPS PERTAMA untuk berjaya dalam komponen membaca ini adalah dengan mempelbagaikan bahan bacaan anda. Perhatikan bahan-bahan pembelajaran di sekeliling anda dan kenalpasti struktur ayat dan nada dalam bahan bacaan tersebut.

Dalam jangka masa panjang, ini akan membantu anda memperluas pengetahuan anda tentang pelbagai topik supaya anda mempunyai kemahiran pemahaman yang lebih baik apabila membaca teks-teks yang berbeza.

TIPS KEDUA adalah untuk mengasah kemahiran luncuran dan imbasan. Memandangkan anda perlu membaca 10 teks dan menjawab soalan yang diberi dalam masa 75 minit, masa adalah sangat berharga.

Daripada membaca perkataan demi perkataan, fokuskan tenaga anda terhadap mencari ayat topik yang merangkumi intipati utama dalam setiap perenggan. Ingat, tidak ada jalan pintas untuk kemahiran ini. Semakin banyak anda berlatih, semakin baik anda akan menggunakan kemahiran tersebut.

TIPS KETIGA adalah untuk menyemak jawapan akhir anda dan memberi jawapan berdasarkan teks yang diberikan.

Ia adalah penting untuk mencari kata kunci dan pernyataan yang sepadan di antara jawapan aneka pilihan dan apabila melibatkan jawapan berstruktur pendek, semaklah jika terdapat kesilapan ejaan atau tatabahasa.

Manfaatkan setiap peluang untuk mendapatkan markah dengan menguasai teknik menjawab yang terbaik untuk setiap komponen MUET!

The best ESOL (English) tutors available
Khadija
5
5 (8 reviews)
Khadija
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Saniya
5
5 (17 reviews)
Saniya
RM80
/h
Gift icon
1st lesson free!
Chung
5
5 (9 reviews)
Chung
RM33
/h
Gift icon
1st lesson free!
Adil
5
5 (10 reviews)
Adil
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Alina
5
5 (3 reviews)
Alina
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Sarah
5
5 (3 reviews)
Sarah
RM100
/h
Gift icon
1st lesson free!
Amanda
4.7
4.7 (7 reviews)
Amanda
RM85
/h
Gift icon
1st lesson free!
Fatima
5
5 (5 reviews)
Fatima
RM90
/h
Gift icon
1st lesson free!
Khadija
5
5 (8 reviews)
Khadija
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Saniya
5
5 (17 reviews)
Saniya
RM80
/h
Gift icon
1st lesson free!
Chung
5
5 (9 reviews)
Chung
RM33
/h
Gift icon
1st lesson free!
Adil
5
5 (10 reviews)
Adil
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Alina
5
5 (3 reviews)
Alina
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Sarah
5
5 (3 reviews)
Sarah
RM100
/h
Gift icon
1st lesson free!
Amanda
4.7
4.7 (7 reviews)
Amanda
RM85
/h
Gift icon
1st lesson free!
Fatima
5
5 (5 reviews)
Fatima
RM90
/h
Gift icon
1st lesson free!
Let's go

Kriteria Penilaian Komponen Menulis MUET

Bagi komponen menulis, calon dinilai melalui dua tugasan yang berbeza.

Tugasan 1 berfokuskan terhadap menulis surat atau e-mel (penulisan terarah) manakala Tugasan 2 melihat penulisan esei diskursif, esei hujah atau esei penyelesaian masalah (penulisan lanjut).

Apabila menjawab Tugasan 1, calon perlu mematuhi format penulisan surat atau e-mel yang betul (termasuk pengenalan, isi dan penutup).

Kemudian, calon perlu menyemak dengan teliti apa yang diminta dalam soalan, di mana mereka mungkin perlu menulis jawapan berdasarkan soalan atau situasi tertentu.

Ia amat penting untuk menulis dengan jelas dan ringkas serta menggunakan gaya (nada) yang sesuai untuk menjawab e-mel atau surat.

Bagi Tugasan 2, calon dikehendaki menghasilkan penulisan yang matang dan mendalam dengan contoh-contoh relevan dan struktur yang teratur. Setelah mengenal pasti kehendak utama esei, calon perlu merangka sekurang-kurangnya tiga isi dan contoh-contoh yang sesuai untuk menyokong pendirian mereka.

Markah akan diberikan berdasarkan kriteria di bawah:

  • Jelas menerangkan kata kunci dalam pernyataan yang diberikan
  • Pendirian yang jelas (setuju, tidak setuju atau bersetuju bersyarat) pada permulaan esei dan mengekalkan pendirian tersebut sepanjang penulisan
  • Penyataan tesis yang baik menunjukkan anda ketahui kerangka penulisan anda (Pengenalan) 
  • Perenggan isi yang komprehensif dengan 3 isi dan contoh-contoh yang relevan mengikut pendirian yang dipilih sebelum ini (Pertahankan satu isi bagi setiap perenggan) 
  • Justifikasi yang kukuh bagi ketiga-tiga isi tersebut (gunakan contoh seperti statistik, contoh berita sebenar, dan sebagainya) 
  • Berikan isi yang sah dan bukan sekadar tuntutan semata-mata 
  • Struktur ayat yang berbeza (dari segi tatabahasa dan perkembangan idea) 

Dengan perkataan lain, kedua-dua tugasan ini akan menilai kecekapan penulisan Bahasa Inggeris anda secara menyeluruh.

Tips penting: Pastikan anda tidak menghabiskan terlalu banyak masa untuk menganalisis dan mengenal pasti permintaan soalan kerana anda hanya diberi 50 minit untuk kertas ini. Pastikan juga anda menulis mengikut had perkataan yang diberikan: Sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tugasan 1 dan sekurang-kurangnya 250 patah perkataan bagi Tugasan 2.

Anda tidak perlu rasa tertekan. Kami janji sekiranya anda telah dengan sepenuhnya menguasai kriteria penilaian tersebut, anda pasti boleh meningkatkan markah MUET anda secara menyeluruh.

Tugasan menulis MUET
Pentingnya menetapkan struktur esei yang baik dalam kedua-dua tugasan penulisan MUET anda. (Image source: unsplash.com)

Apa Yang Pemeriksa Sebenarnya Menilai Dalam Komponen Bertutur MUET?

Mari berbincang tentang komponen terakhir: komponen bertutur.

Calon akan menjalani pembentangan individu berdasarkan panduan bertulis, diikuti dengan perbincangan kumpulan.

Berikut adalah beberapa contoh kriteria yang pemeriksa akan menilai untuk kedua-dua tugasan ini:

  • Penerangan yang jelas tentang pendapat anda
  • Kemampuan untuk memberikan alasan yang sah
  • Kemahiran anda dalam memberi penerangan secara terperinci
  • Bagaimana anda mendirikan pendapat anda secara logik
  • Bagaimana anda bergilir-gilir dalam memulakan perbualan
  • Bagaimana anda berunding atau mencelah perbualan secara sopan
  • Kemampuan anda merangkumkan isi-isi anda dan menyimpulkan perbincangan dengan lancar
  • Keseluruhan sebutan, intonasi, dan kejelasan semasa bertutur 

Semua kriteria ini pada akhirnya mengukur keyakinan anda, kefasihan bahasa, dan kelancaran bahasa secara keseluruhan.

Berikutan itu, ia adalah penting untuk mencari keseimbangan antara mengutarakan pendapat anda semata-mata dan bergilir-gilir dalam mendengar pendapat lain semasa perbincangan.

Tidak pasti bagaimana hendak membina kemahiran tersebut? Jangan risau. Anda selalu boleh mencari tutor MUET yang berpengalaman untuk membimbing anda semasa persiapan ujian.

Capai Band Tinggi Untuk Semua Komponen MUET Yang Diuji Dengan Superprof

Mencari guru yang baik adalah mudah sekali apabila anda mempunyai platform tutor yang boleh dipercayai seperti Superprof!

Anda boleh mencari banyak guru Bahasa Inggeris yang datang daripada pelbagai bidang kepakaran termasuk ujian kecekapan bahasa seperti MUET dan IELTS.

Superprof adalah platform yang mesra pelajar serta menghubungkan pelajar dan pendidik dengan berkesan tanpa halangan geografi dan mod pembelajaran.

Sama ada anda mencari tutor di rumah atau tutor dalam talian, Superprof bersedia membantu anda!

Belajar MUET online
Mendapatkan kelas online yang efektif bersama tutor Superprof. (Image source: unsplash.com)

Tutor Superprof anda dapat membimbing anda mengikut tahap pembelajaran dan kemampuan anda. Tidak sama seperti mengikuti struktur kelas yang terhad, pembelajaran akan disesuaikan mengikut keperluan anda supaya anda dapat mencapai sasaran band MUET yang dikehendaki.

Anda juga tidak perlu risau tentang kekurangan latihan untuk keempat-empat komponen MUET kerana tutor Superprof anda akan meliputi semuanya sebelum tarikh ujian MUET anda.

Lawati laman utama Superprof Malaysia untuk mula mencari tutor MUET anda!

Sekarang anda sudah memahami butiran kriteria penilaian setiap komponen MUET. Yang tinggal adalah usaha mencapai matlamat besar, iaitu mendapatkan band 5+ dalam ujian MUET anda!

Enjoyed this article? Leave a rating!

5.00 (2 rating(s))
Loading...

Ayleah

A lover of both psychology and food - Ayleah simplifies even the most complex ideas to make all things learning accessible to everyone. Read about interesting topics in Malaysia from a counsellor's perspective!