Jika anda baru sahaja tamat peperiksaan SPM, ibu bapa dan guru-guru anda pasti sudah mula menasihatkan anda dengan pelbagai pilihan pra-universiti.

Mereka mungkin bertanya tentang apa yang anda ingin pelajari atau di mana anda ingin melanjutkan pengajian tinggi anda (sama ada di institusi tempatan atau luar negara).

Berdasarkan dua pertanyaan ini, kebanyakan pelajar mampu mengenal pasti pilihan yang sedia ada. Misalnya, jika anda ingin memohon ijazah sarjana muda di Malaysia, salah satu pilihan pra-universiti yang paling popular adalah Program Tingkatan Enam di mana anda perlu menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Semasa meneliti mata pelajaran yang ditawarkan, anda akan mendapati dua subjek yang wajib diambil dalam jadual mingguan anda, sama ada anda ingin mengikuti aliran Sains atau aliran Seni.

Tentulah salah satu subjek yang dimaksudkan ialah kertas Pengajian Am. Subjek kedua dikenali sebagai MUET (Malaysian University English Test).

Walaupun gred MUET anda tidak disenaraikan bersama slip keputusan STPM, ia memainkan peranan penting ketika anda memohon untuk menyambungkan pengajian di universiti awam.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan secara ringkas tentang kepentingan MUET dan meneroka pilihan-pilihan yang sedia ada untuk mencari tutor MUET.

The best ESOL (English) tutors available
Khadija
5
5 (8 reviews)
Khadija
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Saniya
5
5 (17 reviews)
Saniya
RM80
/h
Gift icon
1st lesson free!
Chung
5
5 (9 reviews)
Chung
RM33
/h
Gift icon
1st lesson free!
Adil
5
5 (10 reviews)
Adil
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Alina
5
5 (3 reviews)
Alina
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Sarah
5
5 (3 reviews)
Sarah
RM100
/h
Gift icon
1st lesson free!
Fatima
5
5 (5 reviews)
Fatima
RM90
/h
Gift icon
1st lesson free!
Ruth wang theen
5
5 (18 reviews)
Ruth wang theen
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Khadija
5
5 (8 reviews)
Khadija
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Saniya
5
5 (17 reviews)
Saniya
RM80
/h
Gift icon
1st lesson free!
Chung
5
5 (9 reviews)
Chung
RM33
/h
Gift icon
1st lesson free!
Adil
5
5 (10 reviews)
Adil
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Alina
5
5 (3 reviews)
Alina
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Sarah
5
5 (3 reviews)
Sarah
RM100
/h
Gift icon
1st lesson free!
Fatima
5
5 (5 reviews)
Fatima
RM90
/h
Gift icon
1st lesson free!
Ruth wang theen
5
5 (18 reviews)
Ruth wang theen
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Let's go

Kepentingan MUET dan Sebab Anda Patut Mengambil Ujian Ini?

Walaupun Bahasa Inggeris tidak ditawarkan sebagai mata pelajaran yang khusus dalam sukatan pelajaran STPM, kelas Bahasa Inggeris adalah wajib untuk pelajar pra-universiti bagi persiapan menghadapi ujian MUET.

Salah satu sebab utama di sebalik penekanan terhadap MUET yang besar adalah kerana ia diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2001 sebagai syarat bahasa yang wajib bagi kemasukan pelajar ke universiti awam.

Kemudian, dasar ini dimajukan lagi untuk merangkumi kedua-dua kumpulan pelajar universiti, iaitu bakal pelajar di universiti awam dan universiti swasta. Kali ini, pelajar bukan sahaja perlu mencapai gred MUET minimum untuk masuk ke universiti, tetapi ia juga diperlukan untuk lulus program pilihan mereka.

Memandangkan kebanyakan program ijazah sarjana muda di Malaysia memakai Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, adalah sangat penting bagi anda untuk mempunyai kecekapan Bahasa Inggeris yang tinggi bagi memastikan perkembangan kendiri yang konsisten sepanjang pengajian nanti.

Sekarang kita bolehlah berbincang tentang tujuan utama MUET, iaitu untuk mengukur tahap kecekapan Bahasa Inggeris seseorang itu secara komprehensif melalui empat komponen:

  1. Mendengar
  2. Membaca
  3. Menulis 
  4. Bertutur

Berdasarkan skor kumulatif untuk setiap komponen ini, anda akan diberikan gred band tertentu di mana Band 5+ merupakan gred tertinggi.

Pun begitu, setiap program mungkin mempunyai keperluan gred MUET yang berbeza mengikut bidang kepakaran dan juga syarat universiti. Oleh itu, pastikan anda memeriksa syarat-syarat tersebut terlebih dahulu.

Belajar MUET Superprof
Terdapat syarat untuk band MUET yang perlu dicapai mengikut kehendak universiti. (Image source: unsplash.com)

Misalnya, anda perlu mendapat sekurang-kurangnya band 4 dalam MUET apabila memohon untuk program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya. Sebaliknya, apabila memohon untuk program Ijazah Farmasi di universiti yang sama, anda perlu mendapat sekurang-kurangnya Band 3 dalam MUET.

Dalam erti kata lain, jika anda merancang untuk melanjutkan pengajian di Malaysia, MUET adalah ujian yang wajib diambil. Jika anda merancang untuk belajar di luar negara, anda seharusnya menduduki ujian IELTS (International English Language Testing System).

Ketahui lebih lanjut tentang perbezaan antara MUET dan IELTS.

Adakah Ia Sukar atau Senang Untuk Skor MUET Jika Banding Dengan Kertas Bahasa Inggeris SPM?

Ha, kami pasti betul meneka apa yang anda fikirkan sekarang.

Betulkah ujian MUET ini satu isu yang besar sedangkan anda baru sahaja lulus kertas Bahasa Inggeris SPM dengan cemerlang? Adakah ciri kedua-dua ujian ini sangat berbeza antara satu sama lain?

Sebenarnya, sukatan pelajaran Bahasa Inggeris SPM terkini dan sukatan pelajaran MUET mempunyai beberapa ciri persamaan.

Pertama sekali, kedua-duanya melibatkan penilaian khusus untuk komponen mendengar, membaca, menulis, dan bertutur.

Kedua, kriteria penilaian diselaraskan mengikut CEFR (Common European Framework of Reference).

Apa yang membezakan kedua-dua ujian ini adalah tahap intensiti untuk setiap komponen.

Contohnya dalam komponen mendengar MUET, kertas ujian terdiri daripada 5 bahagian dan tempoh ujian adalah 50 minit, manakala kertas Bahasa Inggeris SPM (komponen mendengar) terdiri daripada 4 bahagian dan tempoh ujiannya 40 minit.

Petikan dan teks yang tergolong dalam komponen membaca MUET adalah lebih panjang dan mempunyai struktur ayat yang lebih kompleks berbanding dengan teks dalam kertas mendengar Bahasa Inggeris SPM.

Satu lagi alasan di sebalik penampilan kertas Bahasa Inggeris SPM yang lebih mudah (senang skor untuk kertas tersebut) adalah sebab skala penggredannya yang bertaraf kebangsaan (sebagai kertas peperiksaan awam). Yang bezanya, MUET hanya diambil oleh pelajar pra-universiti dan dijalankan pada tempoh tertentu (biasanya pada bulan Mac, Julai, dan November).

Oleh itu, terdapat calon yang menghadapi kesukaran semasa kali pertama mencuba kertas-kertas model MUET dari segi tahap intensiti dan gred sebenar (band) yang dicapai.

Anda boleh mula meneroka skema penilaian bagi setiap komponen MUET untuk lagi memahami apa yang boleh dijangkakan semasa ujian sebenar.

The best ESOL (English) tutors available
Khadija
5
5 (8 reviews)
Khadija
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Saniya
5
5 (17 reviews)
Saniya
RM80
/h
Gift icon
1st lesson free!
Chung
5
5 (9 reviews)
Chung
RM33
/h
Gift icon
1st lesson free!
Adil
5
5 (10 reviews)
Adil
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Alina
5
5 (3 reviews)
Alina
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Sarah
5
5 (3 reviews)
Sarah
RM100
/h
Gift icon
1st lesson free!
Fatima
5
5 (5 reviews)
Fatima
RM90
/h
Gift icon
1st lesson free!
Ruth wang theen
5
5 (18 reviews)
Ruth wang theen
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Khadija
5
5 (8 reviews)
Khadija
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Saniya
5
5 (17 reviews)
Saniya
RM80
/h
Gift icon
1st lesson free!
Chung
5
5 (9 reviews)
Chung
RM33
/h
Gift icon
1st lesson free!
Adil
5
5 (10 reviews)
Adil
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Alina
5
5 (3 reviews)
Alina
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Sarah
5
5 (3 reviews)
Sarah
RM100
/h
Gift icon
1st lesson free!
Fatima
5
5 (5 reviews)
Fatima
RM90
/h
Gift icon
1st lesson free!
Ruth wang theen
5
5 (18 reviews)
Ruth wang theen
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Let's go

Perlukah Anda Mengikuti Kelas Tambahan Untuk MUET?

Setelah anda meneliti keseluruhan struktur ujian MUET dan menyiapkan beberapa latihan di institusi pendidikan masing-masing, anda sepatutnya dapat menilai tahap kecekapan Bahasa Inggeris semasa anda mengikut skala band MUET.

Yang boleh anda lakukan adalah membandingkan band MUET semasa (berdasarkan latihan yang disiapkan di sekolah/pembelajaran kendiri) dengan band MUET yang disasarkan untuk memasuki program universiti yang diingini.

Jika terdapat perbezaan gred yang signifikan di antara kedua-dua band tersebut, itu menandakan bahawa anda harus mendapatkan bimbingan peribadi untuk memperkukuhkan asas-asas dalam Bahasa Inggeris supaya dapat mencapai prestasi yang lebih baik dalam setiap komponen MUET. Mendapatkan bimbingan untuk pembelajaran anda adalah langkah yang bijak!

Kadang-kadang ia merupakan suatu cabaran untuk menyiapkan beberapa komponen ujian MUET, seperti komponen bertutur dan menulis, tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Kedua-dua komponen ini memerlukan seseorang profesional yang dapat memberikan maklum balas yang tepat bagi meningkatkan prestasi anda secara konsisten. Sebagai contoh, seorang tutor MUET yang berpengalaman dapat menyediakan bahan pembelajaran yang betul, membetulkan sebutan anda, dan mengajar tatabahasa yang betul semasa latihan pertuturan anda.

Jujur kata, bukankah kita menjadi lebih bermotivasi dan tertarik kepada mata pelajaran tertentu apabila mempunyai seseorang pengajar yang boleh dipercayai serta boleh membimbing kita mengikut tahap dan keperluan untuk belajar masing-masing?

Cari tutor MUET dekat anda
Adalah baik mempunyai seorang tutor MUET yang boleh membimbing anda sebelum menghadapi ujian sebenar. (Image source: pexels.com)

Di Mana Boleh Dapatkan Kelas Peribadi Untuk MUET di Luar Sekolah/ Tempat Kerja?

Ia diketahui umum bahawa kebanyakan pelajar pra-universiti sudah mempunyai guru MUET, sama ada di dalam kelas Tingkatan Enam atau kelas matrikulasi.

Namun, anda tidak sepatutnya terlupa akan calon persendirian dan orang dewasa yang sudah bekerja tetapi belum lagi menjalani kursus MUET rasmi. Oleh itu, permintaan untuk kelas peribadi MUET sentiasa ada.

Usahlah risau jika anda perlu mencari kelas peribadi tersebut.

Beberapa cara untuk mencari tutor MUET berdekatan anda termasuklah:

Cadangan Rakan-Rakan

Calon MUET yang memanfaatkan cara ini tidak pernah gagal! Cuba meminta rakan atau kenalan anda yang sudah mengambil MUET untuk memperkenalkan atau memberi cadangan tentang tutor MUET yang dikenali. Inilah cara yang senang untuk mendapatkan butiran tutor MUET dengan dengan mudah.

Iklan Media Sosial

Jika anda lebih suka melakukan pencarian dalam talian, anda boleh meletakkan iklan di akaun media sosial anda bahawa anda sedang mencari tutor MUET.

Cara ini boleh dilakukan secara percuma dan anda akan mencapai khalayak ramai dalam masa yang singkat. Anda hanya perlu memeriksa komen dan mesej di akaun anda.

Cari tutor MUET
Media sosial adalah platform yang popular untuk mencari tutor peribadi sekarang. (Image source: unsplash.com)

Platform Tutor

Jangan pandang remeh terhadap keberkesanan platform tutor pada masa kini. Dengan platform tutor seperti Superprof, anda dengan mudahnya dapat mencari tutor MUET dalam hanya beberapa langkah.

Anda hanya perlu memasukkan subjek yang diingini dan lokasi belajar pilihan anda (jika anda lebih suka belajar dari rumah).

Kemudian, sistem tersebut akan menunjukkan katalog tutor-tutor MUET dan anda boleh menggunakan filter untuk menyaring tutor mengikut yuran kelas mengikut jam, tahap pembelajaran dan kelayakan tutor. Contohnya, jika anda sudah menetapkan bajet yuran kelas maksimum sebanyak RM50 sejam, anda dapat meneliti profil tutor MUET yang menawarkan kelas dalam bajet yang anda tetapkan.

Setelah anda telah mengkaji maklumat tutor di profil mereka, anda boleh terus menghubungi mereka untuk membincangkan waktu pembelajaran anda dengan lebih lanjut.

Jangan lupa tentang kelebihan mengambil MUET supaya anda boleh memahami ujian kecekapan bahasa ini secara lebih mendalam.

Apakah Ciri-Ciri Tutor MUET di Superprof Yang Harus Anda Pertimbangkan?

Oleh sebab terdapat begitu banyak tutor MUET yang menawarkan perkhidmatan mereka, anda mungkin bertanya-tanya tentang perkara yang harus diutamakan semasa proses memilih tutor di Superprof.

Yang pertama, anda perlu mengetahui kepakaran tutor. Cara ini memastikan bahawa tutor tersebut dapat membimbing anda mengikut sukatan pelajaran MUET dan kriteria penilaian yang terkini.

Yang kedua, anda perlu mengetahui pengalamannya dalam pengajaran. Seorang tutor MUET yang berpengalaman boleh menunjukkan kesalahan bahasa yang biasanya dibuat oleh pelajar baharu serta memberikan maklum balas yang sesuai untuk meningkatkan prestasi pelajar.

Yang ketiga adalah kredibiliti tutor tersebut. Anda boleh mempelajari lebih lanjut tentang sifat-sifat dan gaya pengajaran tutor melalui ulasan dan cadangan pelajar-pelajar terdahulu.

Yang terakhir adalah fleksibiliti tutor. Jika anda ingin mengikuti kelas MUET dalam talian disebabkan oleh komitmen lain, terdapat banyak tutor Superprof yang menawarkan pembelajaran dalam talian yang fleksibel mengikut jadual anda.

Anda boleh belajar MUET di mana-mana dan pada bila-bila masa dengan Superprof!

Kami berharap artikel ini telah membantu anda dalam memahamii kepentingan MUET dan memberikan anda beberapa cadangan yang berguna untuk mencari guru MUET yang baik. Anda pasti akan dapat menguasai ujian MUET anda!

Enjoyed this article? Leave a rating!

5.00 (1 rating(s))
Loading...

Ayleah

A lover of both psychology and food - Ayleah simplifies even the most complex ideas to make all things learning accessible to everyone. Read about interesting topics in Malaysia from a counsellor's perspective!