Angkat tangan anda jika anda merupakan seorang pelajar Tingkatan Enam atau pelajar matrikulasi.

Tidak sampai sesaat anda berfikir bahawa kehidupan pra-universiti adalah lebih mudah atas sebab jumlah subjek yang diambil adalah sedikit, anda terkejut kerana terdapat slot waktu tambahan untuk subjek MUET (Malaysian University English Test).

Bersedialah untuk ujian MUET anda kerana ianya memang penting jika anda merancang untuk memasuki universiti awam di Malaysia.

Walaupun gred MUET tidak dikira dalam slip keputusan rasmi anda, ia dianggap sebagai prasyarat penting yang membolehkan anda memohon untuk program ijazah sarjana muda yang diingini. Oleh itu, ujian tersebut adalah signifikan kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar utama untuk pendidikan tinggi di negara ini.

Tiada banyak yang perlu dikhuatiri jika Bahasa Inggeris bukan subjek kekuatan anda. Dengan panduan yang tepat dan tips belajar untuk menguasai keempat-empat komponen yang dinilai, mencapai Band 5+ penuh untuk MUET bukanlah perkara mustahil.

Dalam artikel ini, mari kita mengkaji pelbagai cara belajar dan bahan-bahan pembelajaran untuk menangani kertas-kertas MUET anda secara komprehensif.

The best ESOL (English) tutors available
Khadija
5
5 (8 reviews)
Khadija
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Saniya
5
5 (17 reviews)
Saniya
RM80
/h
Gift icon
1st lesson free!
Chung
5
5 (9 reviews)
Chung
RM33
/h
Gift icon
1st lesson free!
Adil
5
5 (10 reviews)
Adil
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Alina
5
5 (3 reviews)
Alina
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Sarah
5
5 (3 reviews)
Sarah
RM100
/h
Gift icon
1st lesson free!
Amanda
4.7
4.7 (7 reviews)
Amanda
RM85
/h
Gift icon
1st lesson free!
Fatima
5
5 (5 reviews)
Fatima
RM90
/h
Gift icon
1st lesson free!
Khadija
5
5 (8 reviews)
Khadija
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Saniya
5
5 (17 reviews)
Saniya
RM80
/h
Gift icon
1st lesson free!
Chung
5
5 (9 reviews)
Chung
RM33
/h
Gift icon
1st lesson free!
Adil
5
5 (10 reviews)
Adil
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Alina
5
5 (3 reviews)
Alina
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Sarah
5
5 (3 reviews)
Sarah
RM100
/h
Gift icon
1st lesson free!
Amanda
4.7
4.7 (7 reviews)
Amanda
RM85
/h
Gift icon
1st lesson free!
Fatima
5
5 (5 reviews)
Fatima
RM90
/h
Gift icon
1st lesson free!
Let's go

Kenal Pasti Kelemahan Dalam Kemahiran Bahasa Inggeris Anda Secara Objektif

Sebelum kita mengkaji lebih mendalam bagi sumber pembelajaran yang sesuai untuk setiap komponen, adalah penting untuk menilai kemahiran Bahasa Inggeris anda sekarang secara objektif.

Yang boleh anda lakukan adalah menjalani ujian percubaan di institusi anda masing-masing dan menilai prestasi Bahasa Inggeris bersama guru subjek anda. Jika anda merupakan seorang pelajar swasta, anda boleh menjalani beberapa ujian percubaan MUET dalam talian atau mencari bimbingan daripada seorang tutor MUET.

Bandingkan jumlah markah bagi ujian percubaan anda (termasuk komponen mendengar, komponen menulis, komponen membaca dan komponen bertutur) dengan skor agregat untuk band MUET yang ingin dicapai.

Anda boleh merujuk kepada jadual ini sebagai panduan tentang skor agregat dan keterangan band MUET.

Admissions TestDescription
UCATAssesses cognitive abilities, situational judgement, and decision-making skills for medicine and dentistry.
BMATTests scientific knowledge, problem-solving, critical thinking, and writing skills. Used by Oxford, Cambridge, Imperial, and others.
GAMSATRequired for graduate-entry medicine programs. Assesses reasoning in humanities, social sciences, and written communication.

Jumlah markah yang ditunjukkan untuk setiap band (jumlah markah penuh: 90 markah) boleh dijadikan sebagai petunjuk bagi penguasaan terhadap komponen MUET yang paling kuat dan lemah bagi anda. Misalnya, jika markah untuk komponen bertutur agak rendah, ini bermakna anda perlu bekerja lebih keras untuk meningkatkan keyakinan dan kefasihan bahasa semasa menjalani dua tugasan lisan.

Dengan itu, anda akan ketahui komponen yang mana anda perlu fokuskan untuk meningkatkan skor agregat anda dan mencapai band yang lagi cemerlang.

Membaca: Teks Pemahaman Dan Kamus [Kosa Kata]

Untuk berjaya dalam komponen membaca, anda perlu mengetahui pelbagai kosa kata dan mempunyai pemahaman bahasa yang baik.

Untungnya menjadi pelajar yang mempunyai hobi membaca!

Untuk pelajar lain pula, anda boleh mula dengan aktif membaca teks pendek dan cerita pendek. Setelah memupuk tabiat membaca yang konsisten, latih diri anda untuk memperbanyakkan bahan bacaan. Sebagai contoh, anda boleh mula membaca artikel berita antarabangsa atau berita tempatan, ulasan tentang filem terbaru oleh Marvel ataupun iklan tentang racun serangga.

Hal ini adalah kerana anda akan menemui 40 soalan sepanjang 7 bahagian dalam kertas ujian ini, yang merangkumi notis-notis pendek, teks-teks pendek, artikel panjang dan ulasan mengenai berbagai-bagai topik.

Ingat, teks pemahaman yang berbeza semua akan menggunakan jargon, nada dan struktur ayat yang berbeza.

Bayangkan jika anda baru membaca artikel mengenai media sosial dan diberi soalan teks mengenai cadangan untuk melarang aplikasi Tik Tok di beberapa negara dalam ujian sebenar. Anda akan sudah biasa dengan perkataan yang dipilih dan nada keseluruhan teks tersebut.

Percayalah, mempunyai tabiat membaca yang konsisten akan memberi anda kelebihan yang besar nanti.

Kepelbagaian bahan bacaan MUET
Mempelbagaikan bahan bacaan anda untuk skor cemerlang dalam ujian membaca MUET anda. (Image source: unsplash.com)

Selain itu, latihan konsisten melalui praktis kertas model bagi pemahaman teks, anda dapat membiasakan diri dengan urutan soalan dan corak soalan yang berulang. Jika anda terjumpa perkataan yang tidak dikenali, senaraikan kata-kata tersebut di dalam sebuah buku nota dan kemudian rujuklah kamus untuk mengetahui makna perkataan tersebut. Google pun mudah digunakan untuk pencarian makna perkataan.

Tidak lama kemudian, anda dapat menjawab soalan dengan tepat dan cepat dari segi mengenal pasti jawapan yang sesuai berdasarkan maklumat yang diberikan, memahami idea utama dalam sesuatu teks, memilih kenyataan benar atau salah, serta meringkaskan petikan utama.

Tanpa disedari, otak anda akan bertindak secara automatik apabila anda menduduki kertas ujian komponen membaca MUET yang sebenar. Anda akan dapat membaca dan meneliti teks dengan berkesan tanpa menghabiskan terlalu banyak masa untuk setiap perenggan.

The best ESOL (English) tutors available
Khadija
5
5 (8 reviews)
Khadija
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Saniya
5
5 (17 reviews)
Saniya
RM80
/h
Gift icon
1st lesson free!
Chung
5
5 (9 reviews)
Chung
RM33
/h
Gift icon
1st lesson free!
Adil
5
5 (10 reviews)
Adil
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Alina
5
5 (3 reviews)
Alina
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Sarah
5
5 (3 reviews)
Sarah
RM100
/h
Gift icon
1st lesson free!
Amanda
4.7
4.7 (7 reviews)
Amanda
RM85
/h
Gift icon
1st lesson free!
Fatima
5
5 (5 reviews)
Fatima
RM90
/h
Gift icon
1st lesson free!
Khadija
5
5 (8 reviews)
Khadija
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Saniya
5
5 (17 reviews)
Saniya
RM80
/h
Gift icon
1st lesson free!
Chung
5
5 (9 reviews)
Chung
RM33
/h
Gift icon
1st lesson free!
Adil
5
5 (10 reviews)
Adil
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Alina
5
5 (3 reviews)
Alina
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Sarah
5
5 (3 reviews)
Sarah
RM100
/h
Gift icon
1st lesson free!
Amanda
4.7
4.7 (7 reviews)
Amanda
RM85
/h
Gift icon
1st lesson free!
Fatima
5
5 (5 reviews)
Fatima
RM90
/h
Gift icon
1st lesson free!
Let's go

Menulis: Koleksi Contoh Esei [Tatabahasa & Koherensi]

Untuk menguasai komponen menulis dalam MUET, kita perlu berbincang mengenai perubahan dalam format ujian.

Mulai tahun 2021, calon dikehendaki menyiapkan Tugasan 1 (Penulisan Terarah) di mana anda perlu menulis surat atau e-mel, dan Tugasan 2 (Penulisan Lanjut) di mana anda perlu menulis esei bersifat diskursif (perbincangan), argumentatif atau penyelesaian masalah.

Jadi, membaca contoh esei yang cemerlang mengikut dua kategori ini adalah penting kerana ia membolehkan anda memperoleh:

  • Idea yang tepat untuk esei (Tugasan 1 dan Tugasan 2)
  • Format yang tepat bagi jenis-jenis esei yang berbeza (terutamanya Tugasan 2)
  • Tafsiran yang tepat mengenai soalan (Tugasan 1 dan Tugasan 2)
  • Tatabahasa dan struktur ayat yang betul (Tugasan 1 dan Tugasan 2)
  • Aliran dan koherensi yang baik antara perenggan (Tugasan 1 dan Tugasan 2)

Di mana anda boleh mendapatkan contoh esei dan karangan yang baik? Jika anda suka bahan bacaan yang fizikal, anda boleh membeli buku rujukan dari kedai buku terdekat atau meminjam beberapa buku dari perpustakaan. Alternatif lain adalah dengan melayari blog pelajar dan portal pendidikan untuk mendapatkan contoh esei.

Setelah mengkaji esei-esei tersebut, latih diri anda dengan meniru gaya penulisan, menghafal idea-idea dan mengadaptasikan apa yang anda telah pelajari ke dalam contoh soalan yang lain.

Satu perkara yang perlu diingat dalam komponen menulis adalah penggunaan bahasa yang ringkas jika melibatkan maklumat dan arahan yang jelas. Untuk menghubungkan idea-idea dan ayat-ayat serta mengemukakan pandangan yang berbeza semasa menulis esei, jangan lupa untuk menggunakan kata hubung yang tepat seperti:

  • Furthermore (Selanjutnya)
  • However (Walau bagaimanapun)
  • Apart from that (Selain itu)
  • On the contrary (Sebaliknya)
  • In a nutshell (Secara ringkasnya)
  • Similarly (Sama seperti itu) dan banyak lagi

Pastikan semua ayat adalah ringkas dan mudah difahami. Semakin panjang ayat anda, semakin besar kemungkinannya anda akan membuat kesilapan. Pun begitu, latihan penulisan inilah akan menjamin penguasaan tatabahasa dan koherensi bahasa yang lebih mahir.

Jangan lupa untuk menerokai lebih lanjut tentang kriteria penilaian terkini untuk setiap komponen MUET.

Mendengar: Rakaman Audio, Podcast [Pemahaman]

Apabila berkata tentang peningkatan kemahiran mendengar, cara yang paling mudah serta banyak digunakan oleh orang ramai adalah dengan mengelilingi diri dengan orang yang berbahasa Inggeris, bahkan mewujudkan persekitaran di mana mereka sentiasa mendengar orang lain bercakap dalam Bahasa Inggeris.

Secara jujurnya, situasi yang asyik berulang mungkin berlaku kalau anda sentiasa mendengar perbualan antara rakan-rakan anda.

Tambahan pula, komponen mendengar dalam ujian MUET terdiri daripada 5 bahagian yang melibatkan beberapa dialog dan monolog.

Daripada menunggu orang bercakap di sekitar anda, anda boleh mengambil inisiatif dengan mendengar rakaman audio daripada buku latihan MUET anda, mendengar stesen radio berbahasa Inggeris seperti Mix FM atau Lite FM, dan mencari siniar, atau podcast, yang senang didengari pada masa lapang. Terdapat banyak podcast solo menarik bersifat monolog yang boleh dicari di Apple Podcasts, Spotify dan Google Podcasts.

Tingkatkan kemahiran mendengar
Mudah sangat mengakses dan mendengar siniar yang disukai dengan adanya peranti mudah alih. (Image source: unsplash.com)

Tip penting: Biasakan diri dengan kelajuan percakapan, nada, dan intonasi penutur asli Bahasa Inggeris dan penutur Bahasa Inggeris yang mempunyai sebutan bahasa yang baik. Langkah seterusnya adalah untuk mencatat apa yang didengari berkaitan dengan tema utama, isi menarik dan ringkasan audio.

Dengan teknik mendengar yang betul, anda pasti bersedia mengharungi cabaran dalam bahagian kertas MUET ini dengan yakin!

Bertutur: Permainan Watak, Media Bahasa Inggeris [Kecekapan & Keyakinan]

Kita telah sampai ke komponen MUET terakhir: komponen bertutur, atau lisan.

Pelaksanaan ujian bertutur ini adalah asing daripada komponen-komponen lain dan mengambil masa selama lebih kurang 25 minit.

Calon-calon perlu menjalani satu pembentangan individu dan satu perbincangan berkumpulan.

Komponen inilah antara komponen MUET yang paling ditakuti kerana ia merupakan penilaian yang sangat cepat dan spontan. Maka ia juga merupakan satu-satunya penilaian di mana anda perlu berdepan secara langsung dengan pemeriksa.

Bercakap dengan yakin MUET
Membentang di hadapan seorang pemeriksa boleh menyebabkan calon rasa gementar. (Image source: unsplash.com)

Setelah anda diberikan topik pembentangan, anda bukan sahaja perlu menghasilkan idea-idea yang relevan tetapi juga perlu menyediakan garis panduan/draf sebelum menyampaikan idea-idea anda.

Adakalanya calon-calon cenderung salah mengungkapkan idea-idea mereka dan terlalu banyak berhenti di tengah-tengah ayat kerana kurang pasti dengan apa yang mereka tulis dalam garis panduan mereka. Ini membuatkan mereka lagi gementar dan kurang yakin untuk menyuarakan pendapat mereka.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah memperbanyakkan latihan permainan watak atau roleplay. Rujuk kepada latihan-latihan dalam buku latihan MUET anda atau mencari rakan yang sudi bermain watak untuk membincangkan topik-topik yang berbeza.

Satu cara untuk menerapkan latihan roleplay serta mendapatkan maklum balas segera tentang kemahiran bertutur anda adalah dengan belajar bersama seorang tutor MUET.

Dengan Superprof, anda boleh mencari banyak tutor Bahasa Inggeris yang pakar membimbing pelajar untuk ujian kecekapan bahasa seperti IELTS dan MUET. Dengan hanya beberapa langkah mudah, anda boleh mencari tutor yang bukan sekadar berpengetahuan dalam sukatan pelajaran MUET malah menawarkan kelas yang berpatutan dan fleksibel.

Sepanjang kelas-kelas tersebut, anda dapat melibatkan diri dalam perbualan berbahasa Inggeris secara semulajadi di samping mendapatkan tips dan cadangan yang boleh disesuaikan dengan gaya bertutur anda untuk meningkatkan kemahiran lisan. Keyakinan anda pasti juga meningkat dengan lebih banyak latihan!

Jadi, tunggu apa lagi? Layari laman utama Superprof untuk mencari tutor MUET terbaik bagi meningkatkan kemahiran bertutur anda!

Kami harap artikel ini adalah bermanfaat dalam perjalanan anda sebagai seorang pelajar pra-universiti. Anda pasti berjaya!

Enjoyed this article? Leave a rating!

5.00 (1 rating(s))
Loading...

Ayleah

A lover of both psychology and food - Ayleah simplifies even the most complex ideas to make all things learning accessible to everyone. Read about interesting topics in Malaysia from a counsellor's perspective!