Siapakah sebenarnya yang mencipta dram?
Sukar untuk menentukan dengan pasti siapa yang mencipta dram, tetapi yang pasti adalah dram dicipta secara serentaknya di pelbagai bahagian dunia. Seperti kebanyakan alat muzik, dram berkembang secara berperingkat melalui tempoh-tempoh inovasi yang tidak terhitung banyaknya.
Sama ada anda sedang belajar dram untuk pemula atau ingin mengetahui lebih banyak tentang manfaat belajar dram, anda pasti kagum dengan fakta-fakta sejarah dram berikut. Kami jamin bahawa kali seterusnya anda bermain dram, anda akan terpesona dengan perkembangan dram purba yang akhirnya menjadi set dram yang kita kenali hari ini.
1. Dram adalah alat muzik tertua di dunia.
Alatan muzik ini bukan sahaja dianggap sebagai alat muzik tertua - ia juga dikatakan sebagai aktiviti muzik tertua yang diketahui. Ia mungkin meragukan untuk mengatakan bahawa dram telah wujud sejak permulaan sejarah manusia, tetapi para saintis telah menemui dram yang bertarikh seawal 5500 SM iaitu semasa zaman Neolitik China - dram tersebut dengan mahirnya dihasilkan dengan menggunakan kulit buaya!
Menurut karya sastera, dram berkulit buaya ini digunakan untuk majlis upacara dan persembahan kerana ia dapat memberikan kuasa untuk mempengaruhi roh. Begitu juga dengan karya seni bersejarah dan ikonografi dalam budaya kuno Mesopotamia, Yunani, Mesir, dan Rom yang melambangkan penggunaan dram purba dalam perhimpunan dan upacara bersifat keagamaan.
Adakah terdapat ciri-ciri yang serupa antara dram-dram yang wujud pada zaman dahulu?
Kebanyakan dram purba diperbuat daripada kulit haiwan dan mempunyai struktur asas yang sama, iaitu gendang yang dipasangi belulang (drum membrane atau kulit) pada satu atau kedua-dua hujungnya. Gendang ini harus cukup kukuh supaya tidak pecah akibat pukulan yang berterusan, oleh itu ia kerap kali diperbuat daripada bahan semulajadi seperti batang pokok atau tulang gajah Mammoth.
Bagi bentuk dram, anda boleh menjumpai dram yang berbentuk bulat, oktagonal, segi empat dan lebih lagi yang bertarikh seawal zaman Timur Tengah kuno. Dram-dram tersebut, sama ada mempunyai satu atau dua kepala, biasanya dilengkapi dengan snare atau jingle untuk melengkapi badannya. Namun demikian, reka bentuk dram asas tersebut tidak banyak berubah sehingga hari ini.
Berdasarkan penyelidikan, dram-dram yang dimainkan dengan tangan serta dengan pemukul (alat pukul dram) berkembang pada masa yang sama. Saya anggap itulah sebabnya kita masih dapat melihat ramai pemain alat perkusi pada zaman sekarang memukul dram dengan tangan atau dengan pemukul. Tiada satu gaya yang lebih baik daripada yang lain...
... tetapi anda boleh mendapatkan set dram terbaik di Malaysia.

2. Ada yang bermain dram dalam peperangan.
Jujur kata, ini mungkin merupakan salah satu fakta sejarah dram yang anda sudah tahu. Pun begitu, tahukah anda tentang cara dram diaplikasikan dalam peperangan?
Pada zaman kini, dram snare moden digunakan untuk memastikan ahli pasukan pancaragam bergerak secara serentak, dan dalam beberapa konteks ketenteraan pula, konsep yang sama digunakan untuk melatih askar supaya bergerak secara serentak. Jadi, apabila kita membicarakan tentang peperangan semasa zaman pertengahan Eropah dan zaman Renaissance, askar memerlukan pemain dram untuk membantu mereka bergerak secara serentak dengan ahli tentera lain.
Adakah anda tahu bahawa pergerakan serentak menentukan sama ada seorang itu hidup atau atau mati dalam perang?
Sebagai contoh, dalam barisan tiga tembakan (three-rank firing), tiga ahli askar perlu berada dalam tiga kedudukan yang berbeza dan secara serentaknya memastikan posisi badan adalah dekat antara mereka bertiga. Ini bertujuan untuk mewujudkan cara menembak yang berkesan dan dramatik terhadap sasaran mereka. Memandangkan askar-askar ini perlu berdiri secara bahu-membahu, adalah penting bagi mereka untuk mendapatkan kedudukan yang tepat sambil mampu melepaskan senjata dengan selamat.
Bayangkanlah sejumlah besar askar perlu bergerak sambil mengekalkan barisan tiga tembakan tersebut. Memastikan askar-askar tersebut berbaris dengan langkah yang teratur adalah wajib supaya mereka dapat berhenti dengan berkesan sambil berada dalam kedudukan barisan ini. Maka, peranan ini perlu dimainkan oleh pemain dram. Pemain dram juga berperanan dalam menentukan masa tentera perlu bergerak, berundur, ataupun menyerbu dengan bayonet secara berkumpulan.
Bayangkan jika tiada rentak dram untuk menjaga jumlah orang yang begitu besar ini!
Jadi, mengapa kita memutuskan untuk berhenti menggunakan dram dalam peperangan?
Anda boleh berkata bahawa alat teknologi akhirnya dimanfaatkan dalam ketenteraan. Sebenarnya, dram hanya digunakan selama hampir 4,000 tahun sebelum teknologi peperangan dan komunikasi moden muncul. Apabila teknologi baharu menghasilkan komunikasi yang lebih jelas, pemimpin dan komandan tidak perlu lagi menggunakan dram purba untuk menjalankan operasi ketenteraan yang berjaya.
Untungnya, penggunaan dram dalam ketenteraan telah membantu mempopularkan alat muzik ini di kalangan orang awam, dan sekaligus kita dapat melihat orang ramai belajar dram sebagai alat muzik. Individu, kumpulan, dan orkestra mula memainkan dram dalam setiap acara istimewa, konsert, dan perhimpunan.
Ha, teringat pula fakta sejarah dram yang seterusnya… sebelum itu, anda mungkin tertarik dengan kelas dram yang hebat di Selangor.

3. Terdapat pelbagai cara bermain dram mengikut budaya yang berbeza.
Bagi permainan dram, imej pertama yang mungkin terlintas dalam minda anda adalah set dram biasa yang terdiri daripada bass drum, snare drum, tom-tom, dan floor tom. Jangan menganggap bahawa set dram tersebut adalah cara bermain dram yang paling terkenal di setiap negara! Anda boleh menjumpai pelbagai jenis dram dan gaya bermain dram yang dikagumi di seluruh dunia.
Secara umumnya, dram boleh diklasifikasikan kepada dram akustik, dram elektrik, dan dram dunia (tradisional). Kami baru saja membincangkan tentang dram akustik yang kelihatan seperti set dram biasa. Dram elektrik berfungsi seperti dram akustik, tetapi set dram elektrik tidak diperbuat daripada simbal logam dan gendang kayu. Sebaliknya, dram elektrik dilengkapi dengan pad yang diperbuat daripada getah, plastik, atau jaring.
Yang menarik mengenai dram dunia adalah ia mencerminkan sejarah dan budaya yang kaya daripada tempat asal mereka. Bagi dram taiko Jepun mahupun dram djembe Afrika, ia dijangka akan mengambil bertahun-tahun untuk menguasai satu cara spesifik dalam belajar dram tersebut… kita belum lagi berbicara tentang berbagai-bagai cara yang wujud untuk bermain satu jenis dram ini! Jangan lupakan bahawa wujudnya banyak manfaat belajar dram.
Mari kita lihat beberapa contoh dram dunia yang terdapat di negara tercinta kita sendiri:
- Gendang 24 Musim, yang berpunca daripada Johor, mengambil kira 24 jie qi (istilah solar) dalam kalendar bulan Cina.
- Kompang, yang sering digunakan dalam perkahwinan Melayu untuk mengumumkan kedatangan pasangan yang telah berkahwin, berasal dari Timur Tengah dan dibawa ke Tanah Melayu dalam sekitar 600 tahun yang lalu.
- Mridangam, yang berasal dari India Selatan purba, masih menjadi alat pengiring utama untuk muzik Karnatik (muzik klasik India) dan dalam banyak bentuk tarian klasik India Selatan.
- Gendang Melayu Sarawak, yang dianggap sebagai alat muzik yang asli dan suci, digunakan dalam upacara beragama untuk meraikan perayaan tradisional Sarawak.
Anda boleh melihat bahawa dram dunia ini biasanya dikaitkan dengan pelbagai bentuk seni. Oleh itu, anda akan sering menjumpai pemain perkusi bermain dram besertakan nyanyian, tarian, dan kadang-kadang persembahan puisi yang dimeriahkan dengan irama dram. Betapa menariknya!
Tidaklah hairan bahawa pemain perkusi dari latar belakang yang berbeza suka menghasilkan muzik dengan cara yang unik, terutamanya apabila mereka menyedari manfaat yang datang hasil daripada bermain dram.

4. Semakin ramai orang sedang belajar dram.
Antara sebab kebanyakan orang mengikut trend belajar dram adalah kerana langkah belajar dram untuk pemula menjadi semakin mudah. Fikirkan tentang belajar dram online dan anda dengan mudahnya akan dapat mencari tutor yang dapat memberi pengajaran secara dalam talian.
Anda juga boleh mengambil kelas bersemuka. Selalunya terdapat lebih dari satu cara untuk belajar dram.
Anda tidak terlambat untuk menyertai kelas dram yang menarik. Apatah lagi memulakan pembelajaran anda dengan komuniti tutor yang terbaik di dunia?
Tahukah anda bahawa lebih daripada 1,800 tutor dram yang cemerlang sedang menanti anda?
Usah bergantung terhadap satu atau dua tutor dram di kawasan anda. Anda boleh dapatkan akses kepada guru-guru dram yang terlatih dan berpengalaman melalui laman web Superprof. Superprof merupakan platform pembelajaran yang menyambungkan jalinan antara tutor dengan pelajar seperti anda. Yang terbaik tentang platform ini adalah anda dapat berkenalan dengan tutor sebelum kelas pertama anda.
Bahkan anda boleh belajar dram di pusat bandar Kuala Lumpur.
Berikut adalah caranya:
Taipkan "Drums" dalam bar carian laman web Superprof Tutors: anda dapat mengakses bar carian tersebut apabila anda melawat laman web ini. Perhatikan bahawa anda dapat melihat semua tutor dram di kawasan anda ("Around Me") ataupun tutor-tutor dari mana-mana sudut dunia ("Online"). Ya, anda boleh belajar dram online dengan tutor dram yang berpengalaman dari tempat seperti London atau Madrid!
Klik pada profil tutor untuk mengetahui lebih lanjut tentang tutor tersebut. Sekarang anda mempunyai akses kepada latar belakang tutor dalam subjek dram, teknik pengajaran, ulasan pelajar dan cadangan orang lain. Mengambil langkah seterusnya dengan mendaftar bersama Superprof - dengan ini, anda boleh menghantar mesej secara peribadi kepada tutor anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang gaya pengajaran mereka sambil berkongsi dengan lebih berperinci mengenai matlamat pembelajaran anda.
Teruja nak mendaftar kelas pertama anda? Kami dengan sangat bahagianya ingin berkongsi bahawa anda boleh mendaftar bersama Superprof sekarang untuk mendapatkan kelas dram pertama anda secara percuma. Binalah sejarah dram anda sendiri!
Summarise with AI:









