Bilakah kali terakhir anda mengunjungi sebuah kedai buku yang besar seperti Kinokuniya atau Popular?

Apabila anda berjalan melepasi rak-rak buku, apa yang menarik perhatian anda terlebih dahulu?

Anda mungkin perlahankan langkah anda untuk mengenal pasti seksyen atau lokasi untuk buku yang ingin anda beli. Sebagai contoh, jika anda berniat membeli buku yang ditulis oleh John Green atau Jenny Han, mungkin anda akan menuju ke seksyen Dewasa Muda.

Sama seperti itu, apabila anda bersedia untuk ujian kecekapan bahasa seperti MUET (Malaysian University English Test) dan IELTS (International English Language Testing System), anda perlu tahu komponen mana yang akan dinilai sebelum membuat perancangan belajar yang menyeluruh.

Dalam artikel ini, kami akan mengkaji lima tips yang akan membantu anda mencapai skor maksimum untuk setiap komponen MUET. Dengan cara ini, anda akan mempunyai gambaran yang lebih menyeluruh bagi persiapan anda dalam kertas MUET termasuk komponen bertutur, mendengar, membaca, dan menulis.

The best ESOL (English) tutors available
Khadija
5
5 (8 reviews)
Khadija
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Saniya
5
5 (17 reviews)
Saniya
RM80
/h
Gift icon
1st lesson free!
Chung
5
5 (9 reviews)
Chung
RM33
/h
Gift icon
1st lesson free!
Adil
5
5 (10 reviews)
Adil
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Alina
5
5 (3 reviews)
Alina
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Sarah
5
5 (3 reviews)
Sarah
RM100
/h
Gift icon
1st lesson free!
Amanda
4.7
4.7 (7 reviews)
Amanda
RM85
/h
Gift icon
1st lesson free!
Fatima
5
5 (5 reviews)
Fatima
RM90
/h
Gift icon
1st lesson free!
Khadija
5
5 (8 reviews)
Khadija
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Saniya
5
5 (17 reviews)
Saniya
RM80
/h
Gift icon
1st lesson free!
Chung
5
5 (9 reviews)
Chung
RM33
/h
Gift icon
1st lesson free!
Adil
5
5 (10 reviews)
Adil
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Alina
5
5 (3 reviews)
Alina
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Sarah
5
5 (3 reviews)
Sarah
RM100
/h
Gift icon
1st lesson free!
Amanda
4.7
4.7 (7 reviews)
Amanda
RM85
/h
Gift icon
1st lesson free!
Fatima
5
5 (5 reviews)
Fatima
RM90
/h
Gift icon
1st lesson free!
Let's go

Tip #1: Bercakap dengan Yakin & Jelas Nyatakan Pendapat Anda Semasa Perbincangan [Bertutur]

Oleh sebab sistem peperiksaan di Malaysia lebih menekankan penilaian bertulis, tidaklah hairan bahawa komponen bertutur adalah salah satu komponen yang paling "ditakuti" oleh calon MUET.

Bukan sahaja itu, kebanyakan pelajar biasanya lebih suka berbual dalam bahasa ibunda dan hanya menggunakan Bahasa Inggeris ketika hadir untuk majlis rasmi. Ini menyebabkan kekurangan rasa keyakinan dan kejelasan pertuturan apabila mereka berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Jika anda mengalami situasi ini, jangan risau. Kami ada penyelesaian untuk anda.

Kedua-dua tugasan dalam komponen pertuturan memerlukan anda untuk menyatakan pendapat anda dan membincangkannya secara terperinci. Oleh itu, ia adalah lebih baik untuk meneliti arahan dengan teliti semasa waktu persediaan.

Apabila tiba masa untuk tugasan pertama, kemukakan sekurang-kurangnya tiga isi berdasarkan senario dan pendirian anda.

Pastikan isi-isi tersebut mudah difahami, ringkas, dan disusun secara sistematik.

Tips MUET bertutur
Keyakinan diri dan kejelasan pertuturan anda adalah kritikal semasa pembentangan anda. (Image source: unsplash.com)

Semasa anda bertutur, pastikan anda mengucapkan setiap perkataan dengan jelas dan mengekalkan kontak mata dengan pemeriksa untuk menunjukkan keyakinan anda.

Pada sesetengah masa, apabila anda berasa terkandas, bergeraklah ke isi seterusnya dengan perlahan-lahan dan elakkan daripada berhenti bercakap di tengah-tengah pembentangan anda. Pastikan aliran pembentangan adalah lancar! 

Untuk tugasan kedua, ingatlah bahawa ini adalah perbincangan kumpulan, di mana keempat-empat calon akan bergilir-gilir menyampaikan pandangan mereka.

Dengan itu, anda bukan sahaja perlu menyatakan pendapat dengan jelas, tetapi perlu juga memberi perhatian kepada perkara yang disampaikan oleh calon lain. Ini adalah penting kerana perbincangan tersebut harus disimpulkan dengan lancar melalui sesuatu persetujuan umum.

Ingat, perbincangan tersebut bukannya bergantung pada seberapa banyak anda bercakap, tetapi seberapa baik anda mengungkapkan pandangan diri.

Secara umumnya, pemeriksa akan berfokuskan kepada kelancaran bahasa calon dalam memberi maklumat yang relevan, meyakinkan orang lain melalui alasan yang logik, menyatakan persetujuan atau ketidaksetujuan dengan sopan, dan sebagainya.

Jangan lupa untuk merujuk kepada skema pemarkahan MUET 2023 untuk memahami dengan lebih mendalam bagaimana komponen bertutur anda akan dinilai.

Tip #2: Kenal Pasti Isi Utama dan Kaitkan Dengan Teks Dalam Audio [Mendengar]

Untuk setiap soalan dalam komponen mendengar, anda perlu memberi tumpuan kepada elemen-elemen berikut:

  • Idea utama teks (tema keseluruhan dan makna umum) 

Sebagai contoh, mungkin rakaman audio yang dimainkan adalah wawancara antara seorang wartawan dan doktor perubatan mengenai vaksin terkini untuk COVID-19.

  • Soalan-soalan yang diajukan dan susunan teks (semasa anda mendengar) 

Sebelum rakaman audio dimainkan, anda boleh meneliti soalan (kertas) secara ringkas dan mencari kata kunci yang penting supaya anda boleh memberi perhatian kepada langkah-langkah, alasan, dan maklumat lain yang spesifik.

Dengan cara ini, anda akan lebih peka untuk mengenal pasti jawapan apabila rakaman audio dimainkan.

  • Hubungan antara teks (kertas) dan perbualan 

Kadang-kadang jawapan tersebut tidak begitu jelas. Anda mungkin perlu memahami terdahulu hubungan perbualan (audio) dengan teks (kertas soalan) dan membuat ramalan, ringkasan, dan kesimpulan berdasarkan apa yang didengari.

  • Nada keseluruhan pembicara 

Adakalanya nada yang digunakan oleh pembicara memberikan beberapa petunjuk untuk mencari jawapan dan membolehkan anda memahami tujuan utama rakaman audio dengan lebih baik.

Tidak mustahil untuk mendapatkan markah penuh dalam komponen mendengar MUET anda. Lihatlah sumber-sumber MUET yang berguna ini untuk meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur anda.

The best ESOL (English) tutors available
Khadija
5
5 (8 reviews)
Khadija
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Saniya
5
5 (17 reviews)
Saniya
RM80
/h
Gift icon
1st lesson free!
Chung
5
5 (9 reviews)
Chung
RM33
/h
Gift icon
1st lesson free!
Adil
5
5 (10 reviews)
Adil
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Alina
5
5 (3 reviews)
Alina
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Sarah
5
5 (3 reviews)
Sarah
RM100
/h
Gift icon
1st lesson free!
Amanda
4.7
4.7 (7 reviews)
Amanda
RM85
/h
Gift icon
1st lesson free!
Fatima
5
5 (5 reviews)
Fatima
RM90
/h
Gift icon
1st lesson free!
Khadija
5
5 (8 reviews)
Khadija
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Saniya
5
5 (17 reviews)
Saniya
RM80
/h
Gift icon
1st lesson free!
Chung
5
5 (9 reviews)
Chung
RM33
/h
Gift icon
1st lesson free!
Adil
5
5 (10 reviews)
Adil
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Alina
5
5 (3 reviews)
Alina
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Sarah
5
5 (3 reviews)
Sarah
RM100
/h
Gift icon
1st lesson free!
Amanda
4.7
4.7 (7 reviews)
Amanda
RM85
/h
Gift icon
1st lesson free!
Fatima
5
5 (5 reviews)
Fatima
RM90
/h
Gift icon
1st lesson free!
Let's go

Tip 3: Kuasai Kemahiran Luncuran Semasa Membaca Teks Panjang [Membaca]

Membaca untuk keseronokan dan membaca teks panjang untuk tujuan peperiksaan adalah pengalaman yang sangat berbeza. Yang kedua memerlukan kemahiran multitasking dengan berkesan untuk mengatur kelajuan menjawab anda dan menjawab soalan dengan betul.

Oleh sebab kekangan masa, ia adalah penting untuk menguasai kemahiran luncuran.

Semasa membaca perenggan dan teks panjang, anda mesti mencari tajuk, idea utama, huraian, contoh, dan kosa kata yang khusus.

Semasa meneliti 10 soalan yang pertama dalam komponen ini, anda perlu mengemukakan pernyataan yang benar, salah, dan tidak dinyatakan berdasarkan teks asal dan bukan pendapat anda.

Berhati-hatilah ketika menjawab soalan aneka pilihan yang mempunyai perkataan seperti kecuali (except) atau tidak (not) untuk memilih jawapan yang betul.

Dengan teknik pembelajaran dan idea yang bernas, anda bukan sekadar dapat menguasai komponen membaca tetapi dapat juga menangani komponen-komponen MUET secara menyeluruh.

Teliti petikan MUET
Ketika membaca, anda perlu mengenal pasti maklumat penting dengan cepat dan efisien disebabkan had masa untuk ujian membaca MUET. (Image source: unsplash.com)

Tip 4: Tunjukkan Struktur yang Baik (Pendahuluan, Badan, Penutup) Dalam Penulisan Anda [Penulisan]

Anda akan dinilai dalam dua tugasan penulisan yang berbeza di bawah sukatan pelajaran MUET.

Tugasan pertama meminta anda menulis surat atau e-mel (Penulisan Terarah).

Sebagai contoh, anda mungkin diberikan contoh e-mel dari seorang kawan di luar negara yang bertanya tentang cadangan makanan dari Malaysia. Tugasan anda adalah untuk memberikan balasan mengikut senario yang diberikan.

Untuk tugasan kedua pula, anda akan diminta untuk menulis esei yang lebih panjang dalam format berikut:

  1. Penulisan Argumentatif
  2. Penulisan Diskursif
  3. Penulisan Berpandukan Penyelesaian Masalah 

Untuk kedua-dua tugasan penulisan ini, adalah lebih baik untuk mengikuti langkah-langkah demi proses penulisan yang lancar.

  • Langkah 1: Merancang esei 

Kenal pasti kategori esei dan tujuan penulisan (Siapakan pembaca yang disasarkan? Apakah kepentingan esei tersebut?)

  • Langkah 2: Hasilkan isi yang relevan dan mulai penulisan anda 

Senaraikan idea-idea yang relevan dan susunkan mereka dalam sekurang-kurangnya tiga isi di samping perenggan pendahuluan dan penutup yang efektif.

Pendahuluan anda sepatutnya mengandungi kenyataan tesis dan pendirian anda sebelum mengemukakan pernyataan sokongan dan huraian. Selain itu, penutup anda perlu merangkumkan idea-idea yang dikemukakan serta ayat penutup yang sesuai untuk teks.

  • Langkah 3: Penyemakan semula (aturan dan pemeriksaan akhir) 

Ingat, adalah penting juga untuk memeriksa ejaan, tatabahasa (kata dan struktur ayat) dan tanda baca anda sebelum menyerahkan kertas ujian untuk mengelakkan sebarang kehilangan markah.

Percayalah, pengalaman ujian MUET bukan sahaja meningkatkan kemahiran bahasa anda malah memberi pelbagai peluang untuk pembelajaran dan kerjaya pada masa depan.

Tip 5: Latih, Latih, Latih [Keempat-Empat Komponen]

Sebagai seorang pelajar, anda pasti tahu bahawa anda tidak boleh melupakan tip ini.

Pada akhirnya, semua jenis pengetahuan teori akan disia-siakan jika tidak diseimbangkan dengan aplikasi praktikal dalam kehidupan sebenar. Prinsip inilah boleh diaplikasikan juga untuk latihan MUET anda.

Mula dengan mendapatkan pelbagai buku rujukan MUET, rakaman audio dan tutorial YouTube untuk menyiapkan contoh soalan MUET yang lengkap bagi kesemua komponen semasa ulangkaji anda.

Jika anda merasakan ia sangat mencabar untuk belajar secara berseorangan, anda bolehlah berhubung dengan seorang tutor MUET yang boleh membimbing anda dan menawarkan pengajaran yang berdasarkan tahap dan kelajuan pembelajaran anda.

Mencari tutor MUET yang tinggal berdekatan dengan anda bukan lagi masalah pada zaman ini kerana anda mempunyai platform tutor seperti Superprof!

Di Superprof, anda boleh mencari tutor MUET yang sepadan dengan kehendak anda dari segi kelayakan pengajar, pengalaman mengajar, kepakaran pengajar, metodologi pengajaran, lokasi fizikal, dan kadar yuran dalam beberapa langkah sahaja.

Setelah anda memilih subjek yang dikehendaki (English) dan lokasi semasa anda, sistem akan membawa anda ke katalog tutor yang menyediakan perkhidmatan pengajaran yang berdekatan dengan kawasan anda. Pada tahap ini, anda boleh terus menyaring tutor dengan memilih bajet maksimum dan tahap pembelajaran.

Superprof disukai oleh ramai pelajar dan tutor oleh sebab fleksibiliti dan kecekapan yang dimilikinya. Sistem ini menyatukan pelajar dan tutor mengikut keperluan yang dipersetujui sebelum mereka bertemu secara peribadi/melalui talian.

Belajar MUET Superprof
Dengan Superprof, anda boleh cari tutor terbaik berdekatan anda. (Image source: unsplash.com)

Bagi pelajar yang mencari pilihan pembelajaran yang berpatutan dan fleksibel, mereka boleh mencari tutor MUET dalam talian dari mana-mana tempat dalam negara.

Nota penting: Jangan terkejut apabila menjalani beberapa kertas penilaian semasa sesi pembelajaran MUET yang pertama bersama tutor Superprof anda.

Ini adalah kerana tutor anda perlu menilai band MUET semasa anda secara objektif dan menyediakan pelan pembelajaran yang sesuai bagi anda untuk mencapai band MUET yang diingini. Yang pasti, semasa sesi pembelajaran seterusnya, anda akan menerima maklum balas langsung tentang prestasi semasa anda di samping cadangan untuk meningkatkan prestasi dalam setiap komponen, bersertakan latihan yang konsisten.

Kami berharap anda dapat memanfaatkan lima tips yang berguna ini semasa anda bersedia untuk semua komponen yang dinilai dalam ujian MUET. Demi kejayaan, anda perlu memupuk amalan yang baharu dengan apa yang anda baca.

Bervisi tanpa bergerak adalah sesuatu halusinasi. - Thomas Edison

Enjoyed this article? Leave a rating!

5.00 (1 rating(s))
Loading...

Ayleah

A lover of both psychology and food - Ayleah simplifies even the most complex ideas to make all things learning accessible to everyone. Read about interesting topics in Malaysia from a counsellor's perspective!