Izinkan kami bertanya:

Bagaimanakah kita dapat menentukan sama ada seseorang itu benar-benar fasih dalam satu bahasa? 

Adakah ia berdasarkan kelancaran pertuturannya dalam bahasa itu? Atau kemampuannya untuk menulis tanpa henti dalam bahasa tersebut? 

Apabila berkata tentang pengukuran tahap penguasaan Bahasa Inggeris secara menyeluruh di Malaysia, terdapat satu ujian bahasa tertentu yang terlintas di fikiran.

Ujian inilah yang difikirkan: Ujian MUET (Malaysian University English Test). Biasanya diambil oleh ramai pelajar di tahap pra-universiti bagi tujuan kemasukan program sarjana muda dalam negara, ujian yang bersifat serba boleh dan berpatutan ini menilai penguasaan calon dalam Bahasa Inggeris dari segi komponen mendengar, membaca, menulis dan bertutur.

Dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan tentang apa itu MUET dan membincangkan dengan terperinci bagaimana calon-calon MUET dinilai dalam keempat-empat komponen tersebut.

The best ESOL (English) tutors available
Khadija
5
5 (8 reviews)
Khadija
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Saniya
5
5 (17 reviews)
Saniya
RM80
/h
Gift icon
1st lesson free!
Chung
5
5 (9 reviews)
Chung
RM33
/h
Gift icon
1st lesson free!
Adil
5
5 (10 reviews)
Adil
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Alina
5
5 (3 reviews)
Alina
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Fatima
5
5 (5 reviews)
Fatima
RM90
/h
Gift icon
1st lesson free!
Ruth wang theen
5
5 (18 reviews)
Ruth wang theen
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Javeria
5
5 (4 reviews)
Javeria
RM65
/h
Gift icon
1st lesson free!
Khadija
5
5 (8 reviews)
Khadija
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Saniya
5
5 (17 reviews)
Saniya
RM80
/h
Gift icon
1st lesson free!
Chung
5
5 (9 reviews)
Chung
RM33
/h
Gift icon
1st lesson free!
Adil
5
5 (10 reviews)
Adil
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Alina
5
5 (3 reviews)
Alina
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Fatima
5
5 (5 reviews)
Fatima
RM90
/h
Gift icon
1st lesson free!
Ruth wang theen
5
5 (18 reviews)
Ruth wang theen
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Javeria
5
5 (4 reviews)
Javeria
RM65
/h
Gift icon
1st lesson free!
Let's go

Perbezaan Antara Ujian Kertas MUET Biasa & MUET on Demand (MoD)

Pertama, mari kita teliti latar belakang MUET.

MUET diperkenalkan secara rasmi oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1999 dan disenaraikan sebagai syarat kemasukan ke universiti awam pada tahun 2001.

Beberapa tahun kemudian, ianya kini menjadi prasyarat Bahasa Inggeris rasmi untuk institusi pendidikan tinggi awam dan swasta di Malaysia selain International English Language Testing System (IELTS).

Sekarang, calon boleh memilih untuk mengambil ujian kertas MUET biasa (dibuka pada bulan Mac, Julai atau November) atau MUET on Demand (MoD) yang calon boleh ambil secara bulanan.

Anda tidak perlu risau tentang sukatan pelajaran dan format ujian MUET serta sumber pembelajaran yang berkaitan kerana format MoD dan MUET biasa adalah sama dari segi tempoh masa untuk ujian dan bilangan soalan dalam ujian.

Ini membawa kita kepada soalan seterusnya.

Apakah perbezaan terbesar antara kertas MUET biasa dan MUET on Demand (MoD)?

Pertama, MUET on Demand (MoD) diperkenalkan pada tahun 2018 dan memberikan pilihan kepada calon untuk mengambil Ujian Berasaskan Komputer (CBT) atau ujian fizikal.

Bagi pilihan CBT, semua jawapan untuk komponen mendengar, menulis dan membaca akan direkodkan dalam komputer yang ditetapkan, manakala untuk komponen bertutur, calon boleh memilih untuk menduduki kertas tersebut secara bersemuka atau dalam talian.

Ujian MUET atas talian
Bagi MUET on Demand, anda patut memilih CBT. (Image source: freepik.com)

Kedua, yuran MoD sedikit lebih mahal daripada kertas MUET biasa. Calon berstatus warganegara Malaysia perlu membayar sebanyak RM250 untuk mengambil ujian manakala mereka yang bukan warganegara Malaysia perlu membayar RM550.

Sebaliknya, sesi MUET biasa hanya berharga RM150 untuk warganegara Malaysia dan RM350 untuk yang bukan warganegara Malaysia.

Ketiga, MoD mempunyai tarikh pelepasan keputusan ujian yang jauh lebih cepat berbanding dengan sesi MUET biasa. Biasanya, keputusan boleh diperiksa melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MEC) dalam masa 18 hari bekerja.

Dengan itu, MoD merupakan pilihan yang ideal bagi mereka yang menduduki ujian MUET untuk kali kedua atau bagi mereka yang perlu menyegerakan proses kemasukan ke universiti.

Untuk tarikh ujian MoD terkini bagi tahun 2023, anda boleh merujuk kepada kalendar ini.

Apa Yang Boleh Dijangka Dalam Komponen Mendengar MUET?

Bermula dari tahun 2021, MUET telah dijenamakan semula mengikut format peperiksaan baharu untuk keempat-empat komponen serta menggunakan skala gred yang baharu.

Markah maksimum untuk setiap komponen adalah 90 markah yang akan menyumbang kepada jumlah markah keseluruhan iaitu 360 markah. Tempoh masa ujian untuk komponen mendengar adalah selama 50 minit.

Berikut adalah perkara yang boleh anda jangkakan untuk kertas MUET terkini bagi komponen mendengar.

Secara keseluruhannya, terdapat 5 BAHAGIAN rakaman audio yang mengandungi 30 soalan.

  • Bahagian 1: Dialog dengan panjang teks dari 600 hingga 650 patah perkataan. Jenis soalan adalah soalan aneka pilihan 3 pilihan (Pilih antara A, B atau C). Terdapat 7 soalan dalam bahagian ini [10 minit].
  • Bahagian 2: Monolog dengan panjang teks dari 600 hingga 650 patah perkataan. Jenis soalan juga adalah soalan aneka pilihan dengan 3 pilihan. Terdapat 7 soalan dalam bahagian ini [10 minit].
  • Bahagian 3: Monolog yang melibatkan 3 pencerita dengan panjang teks dari 350 hingga 400 patah perkataan. Jenis soalan adalah padanan aneka pilihan (Untuk 5 pilihan, pilih antara A, B, C, D atau E). Terdapat 3 soalan dalam bahagian ini [6 minit].
  • Bahagian 4: Dialog dengan panjang teks dari 650 hingga 700 patah perkataan. Jenis soalan adalah soalan aneka pilihan dengan 3 pilihan. Terdapat 7 soalan dalam bahagian ini [10 minit].
  • Bahagian 5: Dialog pendek dengan panjang teks dari 250 hingga 300 patah perkataan bagi setiap dialog. Jenis soalan adalah soalan aneka pilihan sebanyak 3 pilihan. Terdapat 6 soalan dalam bahagian ini. Setiap dialog pendek mengandungi 2 soalan. Setiap dialog pendek adalah tidak berkaitan antara satu sama lain dan anda akan mengambil masa lebih kurang 60 saat untuk mendengar satu dialog.

Baca lebih lanjut tentang tips skor cemerlang dalam kertas-kertas MUET anda.

The best ESOL (English) tutors available
Khadija
5
5 (8 reviews)
Khadija
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Saniya
5
5 (17 reviews)
Saniya
RM80
/h
Gift icon
1st lesson free!
Chung
5
5 (9 reviews)
Chung
RM33
/h
Gift icon
1st lesson free!
Adil
5
5 (10 reviews)
Adil
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Alina
5
5 (3 reviews)
Alina
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Fatima
5
5 (5 reviews)
Fatima
RM90
/h
Gift icon
1st lesson free!
Ruth wang theen
5
5 (18 reviews)
Ruth wang theen
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Javeria
5
5 (4 reviews)
Javeria
RM65
/h
Gift icon
1st lesson free!
Khadija
5
5 (8 reviews)
Khadija
RM45
/h
Gift icon
1st lesson free!
Saniya
5
5 (17 reviews)
Saniya
RM80
/h
Gift icon
1st lesson free!
Chung
5
5 (9 reviews)
Chung
RM33
/h
Gift icon
1st lesson free!
Adil
5
5 (10 reviews)
Adil
RM70
/h
Gift icon
1st lesson free!
Alina
5
5 (3 reviews)
Alina
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Fatima
5
5 (5 reviews)
Fatima
RM90
/h
Gift icon
1st lesson free!
Ruth wang theen
5
5 (18 reviews)
Ruth wang theen
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Javeria
5
5 (4 reviews)
Javeria
RM65
/h
Gift icon
1st lesson free!
Let's go

Format Apa Yang Digunakan Untuk Komponen Bertutur MUET?

Usaha anda untuk menguasai kertas-kertas MUET tidak lengkap jika kita tidak membincangkan tentang komponen bertutur dalam MUET.

Ujian ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama memerlukan calon untuk memberikan pembentangan secara individu berdasarkan satu tajuk bertulis. Bahagian kedua meminta calon untuk mengambil bahagian dalam perbincangan berkumpulan di mana setiap calon akan diberikan tajuk berdasarkan sebuah peta minda.

Dua pemeriksa akan hadir semasa kertas ujian bertutur untuk MUET, dan salah seorang pemeriksa akan memberikan tajuk kepada calon-calon.

Nota penting: Tajuk Bahagian 1 dan Bahagian 2 adalah berkaitan. 

  • Bahagian 1: Calon akan diberi 2 minit untuk bersedia sebaik sahaja mereka menerima tajuk dan 2 minit lagi untuk membentang. Calon perlu memberikan jawapan yang umum (respons yang luas) serta mempertimbangkan pengalaman peribadi mereka semasa pembentangan. Contoh: Kepentingan membaca (Tajuk individu).
  • Bahagian 2: Calon-calon dibahagikan kepada kumpulan berjumlah empat orang dan kemudian diberikan rangsangan visual dan peta minda yang mengandungi 5 tajuk. Setiap calon akan diberi 3 minit untuk membuat persediaan individu manakala keseluruhan perbincangan akan mengambil masa lebih kurang 8 hingga 12 minit. Calon-calon diberi pilihan untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan tajuk masing-masing tetapi akhirnya perlu membuat satu kesimpulan. Contoh: Cara-cara untuk meningkatkan tahap kecekapan dalam Bahasa Inggeris (Tajuk kumpulan).

Jangan lupa untuk membaca skema penilaian terkini bagi semua kertas MUET.

Tugasan bertutur kedua MUET
Setiap calon akan bergilir-gilir memberi pandangan semasa perbincangan kumpulan. (Image source: unsplash.com)

Bagaimana Anda akan Diuji dalam Komponen Membaca MUET?

Sekarang, kita akan beralih kepada komponen membaca.

Secara keseluruhannya, terdapat 7 bahagian dan 40 soalan dalam kertas ini.

  • Bahagian 1: Tiga teks pendek yang berkaitan secara tematik. Calon perlu menjawab 4 soalan padanan aneka pilihan.
  • Bahagian 2 dan 3: Dua teks yang memerlukan calon menjawab 10 soalan aneka pilihan (3 pilihan).
  • Bahagian 4: Dua teks bebas. Sebanyak 6 soalan aneka pilihan (3 pilihan), di mana 2 soalan adalah berdasarkan teks pertama, 2 soalan lagi berdasarkan teks kedua dan 2 soalan terakhir akan membandingkan antara teks pertama dan kedua tersebut.
  • Bahagian 5: Satu teks. Calon perlu melengkapkan teks bagi 6 ayat yang belum lengkap (7 pilihan diberikan).
  • Bahagian 6 dan 7: Dua teks. Calon perlu menjawab 14 soalan aneka pilihan (4 pilihan).

Untuk komponen ini, anda perlu memiliki kemahiran membaca teks dengan cepat serta dapat memahami teks dengan baik. Di samping itu, anda perlu membuat interpretasi terhadap mesej dan nada pengarang secara tepat. Dengan itu, anda dapat memilih jawapan yang paling tepat dalam tempoh yang singkat serta berdasarkan teks yang diberikan.

Meninjau Struktur Komponen Penulisan MUET Anda

Akhirnya, kita telah sampai ke komponen MUET terakhir: penulisan.

Dalam komponen ini, calon perlu menulis surat atau e-mel untuk Tugasan 1 [sekurang-kurangnya 100 patah perkataan] dan menulis sebuah esei (diskursif, argumentatif atau penyelesaian masalah) untuk Tugasan 2 [sekurang-kurangnya 250 patah perkataan].

Untuk Tugasan 1, calon akan ditunjukkan sebuah e-mel atau surat besertakan nota dan maklumat sampingan. Beberapa jenis penulisan yang boleh dipertimbangkan oleh calon dalam Tugasan 1 termasuk:

  • Cara berterima kasih, bermaaf-maafan
  • Menerima atau menolak tawaran atau jemputan
  • Memberikan maklumat yang relevan berdasarkan permintaan yang diberikan 
  • Menceritakan pengalaman peribadi, peristiwa masa silam
  • Memberi nasihat, cadangan, maklum balas, alasan dan penambahbaikan 

Masa yang dicadangkan untuk Tugasan 1 adalah 25 minit.

Untuk Tugasan 2, calon dikehendaki menyusun dan mengemukakan idea mereka secara kritis berdasarkan format esei yang diberikan. Setiap hujah (idea/perkara) harus disokong dengan bukti dan contoh yang relevan.

Sebagai contoh, dalam esei argumentatif, satu konklusi yang jelas harus dikemukakan menjelang akhir esei.

Masa yang dicadangkan untuk Tugasan 2 adalah 50 minit.

Anda sekarang telah meninjau semua struktur soalan untuk keempat-empat komponen MUET. Jadi, apa yang seterusnya?

Hadapi Kertas-Kertas MUET Anda Di Bawah Bimbingan Tutor MUET Yang Berpengalaman

Sama ada anda menduduki kertas-kertas MUET sebagai seorang pelajar pra-universiti atau calon persendirian, ia tidak dapat dinafikan bahawa banyak latihan diperlukan untuk mencapai band MUET yang dikehendaki.

Anda tidak perlu bersusah payah cuba mengendalikan segala latihan secara berseorangan. Anda boleh mengikuti kelas peribadi untuk MUET bersama tutor yang berpengalaman dan boleh dipercayai.

Sama ada anda mencari tutor MUET yang tinggal berdekatan dengan kampung halaman anda atau tutor dalam talian yang menawarkan kelas yang fleksibel, kami ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda!

Kelas MUET dalam talian Superprof
Ia sangat menyenangkan dengan adanya tutor dalam talian. (Image source: unsplash.com)

Perkenalkan kepada anda — Superprof!

Superprof adalah platform tutor yang menakjubkan dengan menghubungkan para pelajar yang bersemangat dengan tutor yang berdedikasi dari seluruh dunia, termasuklah Malaysia.

Hanya dengan beberapa langkah yang mudah, anda boleh mencari tutor MUET yang sesuai dengan kehendak anda dari segi kelayakan mengajar, pengalaman tahunan, metodologi pengajaran dan kadar yuran.

Anda hanya perlu melayari laman web utama Superprof Malaysia dan memasukkan maklumat asas anda seperti subjek yang ingin dipelajari (English/ MUET) dan cara pembelajaran (fizikal/ dalam talian). Sistem akan terus memberi pilihan-pilihan tutor MUET yang luas serta mengikut kriteria yang telah anda tetapkan.

Kini, anda bukan sahaja mempunyai pengetahuan dalam format ujian MUET terkini, malahan juga mempunyai platform tutor terbaik untuk berjaya dalam ujian tersebut. Mulakan pembelajaran anda dengan Superprof hari ini!

Setelah anda mengharungi peperiksaan dan menerima gred MUET anda, ia pasti menjadi bukti terbaik bagi tahap penguasaan Bahasa Inggeris anda!

Enjoyed this article? Leave a rating!

5.00 (1 rating(s))
Loading...

Ayleah

A lover of both psychology and food - Ayleah simplifies even the most complex ideas to make all things learning accessible to everyone. Read about interesting topics in Malaysia from a counsellor's perspective!