Tahniah! Anda telah memutuskan untuk belajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Selain daripada cirinya sebagai bahasa yang agak mudah untuk dipelajari, pembelajaran Bahasa Melayu bagi kali pertama akan meluaskan pengetahuan anda bukan sahaja dari segi pemahaman bahasa, tetapi juga dari segi budaya dan sejarah yang telah membentuknya. Salah satu cara untuk mempelajarinya sebagai pelajar baharu adalah melalui sukatan pelajaran Bahasa Melayu IGCSE.
IGCSE merangkumi dua peperiksaan Bahasa Melayu: Bahasa Melayu IGCSE 0546 dan Bahasa Melayu IGCSE 0696 Untuk Bahasa Pertama. Jangan keliru antara kedua-duanya: penutur asli Bahasa Melayu kerap akui bahawa sukatan pelajaran IGCSE 0696 lebih relevan dan merangsang. Ini adalah kerana sukatan pelajaran ini direka untuk pelajar yang memiliki penguasaan hampir seperti seorang penutur asli, ataupun telah dinilai dalam kurikulum Bahasa Melayu di sekolah menengah mereka sebelum ini.
IGCSE 0546 pula fokus terhadap pelajar yang ingin belajar bahasa asing ataupun bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman dengan Bahasa Melayu sebelum ini. Hari ini, kita akan meneliti Bahasa Melayu IGCSE sebagai Bahasa Asing, juga dikenali sebagai IGCSE 0546 dalam peperiksaan Cambridge IGCSE.
Adakah sukatan pelajaran Bahasa Melayu IGCSE sukar dipelajari?
Terdapat lima bidang topik luas yang dikaji dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu IGCSE:
- aktiviti harian
- kehidupan peribadi dan sosial
- dunia sekeliling
- dunia pekerjaan
- dunia antarabangsa
Pelajar dikehendaki menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang baik dalam topik-topik berkaitan. Selepas itu, pelajar akan diperkenalkan kepada konteks yang bertujuan meningkatkan kosa kata dan tatabahasa Bahasa Melayu, di samping struktur tatabahasa yang unik dan hanya terkandung dalam Bahasa Melayu. Pada akhir kursus, pelajar sepatutnya mencapai sasaran-sasaran berikut:
- memahami dan memberi respons dalam Bahasa Melayu lisan
- memahami dan memberi respons dalam Bahasa Melayu bertulis
- berkomunikasi secara lisan, menunjukkan pengetahuan dalam pelbagai kosa kata, dan mengaplikasikan struktur dan tatabahasa Bahasa Melayu dengan tepat
- berkomunikasi secara bertulis dengan menggunakan pelbagai kosa kata, dan sekali lagi mengaplikasikan struktur dan tatabahasa dengan betul
Pada masa yang sama, anda boleh mempelajari fakta-fakta menarik tentang sejarah bahasa Melayu.
Jika anda memutuskan untuk mengambil sukatan pelajaran Bahasa Melayu IGCSE sebagai Bahasa Kedua ini, anda dijangka dapat membaca dan memahami pelbagai teks lisan dan dapat menulis tentang topik-topik Melayu yang popular. Selain itu, anda dikehendaki menunjukkan pemahaman tentang idea dan pendapat, serta mampu mengenal pasti butiran-butiran dan definisi yang relevan bagi perkataan-perkataan tidak dikenali di dalam konteks ini.
Oleh itu, anda sepatutnya mengambil peperiksaan Bahasa Melayu IGCSE 0546 jika anda ingin:
- berkomunikasi dengan berkesan dalam Bahasa Melayu pada tahap yang asas
- memperoleh pandangan mengenai budaya dan masyarakat di negara dan komuniti yang menggunakan Bahasa Melayu
- menyemai sikap positif terhadap pembelajaran bahasa yang berterusan
- membina asas yang kukuh dalam kemahiran, bahasa, dan sikap yang diperlukan untuk melanjutkan pengajian atau kerja yang melibatkan penggunaan Bahasa Melayu
Selepas mengenali sukatan pelajaran, ia akan membantu anda untuk membezakan ciri-ciri tatabahasa Bahasa Melayu daripada ciri-ciri bahasa lain. Anda boleh mencari maklumat terperinci mengenai info tersebut dalam kurikulum Bahasa Melayu untuk pelajar Malaysia.

Apakah ciri unik dalam tatabahasa Bahasa Melayu?
Tahukah anda bahawa tiada tatabahasa bersifat jantina yang digunakan dalam Bahasa Melayu?
Perkataan “dia”, contohnya adalah hanya satu frasa umum, bukan seperti dalam tatabahasa Bahasa Inggeris yang menggunakan "he", "she", "him", dan "her". Bahasa Melayu telah menggabungkan kesemua empat frasa ini menjadi hanya satu perkataan, iaitu "dia". Walaupun begitu, kebanyakan perkataan dalam Bahasa Melayu yang merujuk kepada manusia, seperti pekerjaan dan keluarga, tidak membezakan antara jantina. Contohnya, "adik" boleh digunakan untuk merujuk kepada adik perempuan dan adik lelaki anda.
Jika kita bandingkan tatabahasa Bahasa Melayu dengan tatabahasa Bahasa Inggeris, struktur ayat mudah dalam kedua-dua bahasa ini hampir sama. Walaupun Bahasa Inggeris mengikuti peraturan Subjek + Kata Kerja + Objek, Bahasa Melayu mengikuti peraturan Subjek + Predikat.
Namun, apabila kita ingin terangkan “subjek” dalam Bahasa Melayu, penerangan tersebut mesti diletakkan selepas “subjek”, dan sifat inilah yang berbeza dengan Bahasa Inggeris. Lihat contoh di bawah ini.
That lady is beautiful. = Wanita itu cantik.
Perhatikan bahawa dalam ayat ini, “lady” merujuk kepada "wanita" dan “that” merujuk kepada "itu", namun kata-kata tersebut seolah-olahnya terbalik antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Adakah anda juga perasan bahawa perkataan "is" tidak hadir dalam ayat Bahasa Melayu? Hal ini berlaku kerana kata kerja tidak diperlukan sebelum Predikat dalam Bahasa Melayu!
Jika anda ingin belajar Bahasa Melayu dengan cepat, adalah digalakkan untuk mendapatkan buku teks lanjutan dan belajar daripada sukatan pelajaran Bahasa Melayu IGCSE 2023.

Apa itu ujian Bahasa Melayu IGCSE?
Sudah anda selesaikan sukatan pelajaran Bahasa Melayu IGCSE? Sekarang, kita bergerak pula kepada ujiannya. Semua calon peperiksaan dikehendaki menyiapkan empat kertas peperiksaan. Setiap kertas menyumbang sebanyak 25 markah kepada jumlah markah keseluruhan iaitu 100 markah pada akhir semua peperiksaan. Calon akan layak untuk mendapatkan gred A* hingga G dalam bidang kecekapan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam IGCSE.
Mari kita lihat semua kertas peperiksaan tersebut.
| Komponen Ujian | Perincian |
|---|---|
| Kertas 1: Mendengar | Calon mendengar rakaman serta menjawab soalan aneka pilihan dan padanan 40 markah Lebih kurang 50 minit |
| Kertas 2: Membaca | Calon membaca teks serta menjawab soalan aneka pilihan, padanan dan jawapan pendek 45 markah 1 jam |
| Kertas 3: Bertutur | Calon mengadakan roleplay dan perbualan tentang dua topik 40 markah Lebih kurang 10 minit |
| Kertas 4: Menulis | Calon menyiapkan satu penulisan mengisi borang dan menjawab soalan, serta satu lagi penulisan dalam format e-mel/ surat atau artikel/ blog 45 markah 1 jam |
Ambil perhatian terhadap maklumat di atas ini untuk ujian Bahasa Melayu IGCSE anda.
Dalam Kertas 1, jawab semua 37 soalan aneka pilihan dan padanan dengan memilih jawapan yang betul. Anda perlu beri perhatian kepada rakaman audio setiap teks yang akan dimainkan sebanyak dua kali. Biasanya, topik-topik yang diuji merangkumi dialog, pengumuman, dan perbualan. Jangan terlupa untuk letakkan jawapan anda dalam kertas jawapan rasmi pada akhir peperiksaan.
Terdapat 6 kumpulan soalan yang perlu anda jawab dalam Kertas 2 tetapi soalan-soalan ini biasanya ada kaitan antara satu sama lain. Misalnya, Kumpulan 3 dan 4 menguji pemahaman calon terhadap e-mel, mesej, atau surat. Anda juga perlu meningkatkan pemahaman anda dalam papan tanda biasa, notis, dan arahan untuk menjawab soalan-soalan dalam Kumpulan 1 dan 2 dengan berkesan. Kumpulan 5 dan 6 akan menguji pemahaman anda terhadap teks pendek, iklan, dan artikel.
Kertas 3 boleh dikatakan mudah skor kerana ia menguji keupayaan anda untuk berlakon dan berbual dalam pelbagai konteks harian yang telah anda pelajari dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu IGCSE. Jadi, amalkan kemahiran bertutur anda pada setiap hari dengan menggunakan buku teks lanjutan. Anda juga akan dapat sesi praktis sebelum jawab soalan sebenar oleh pemeriksa.
Akhirnya, hanya terdapat tiga soalan untuk perlu anda lengkapkan dalam Kertas 4. Soalan 1 meminta anda memberikan jawapan dengan perkataan tunggal atau frasa pendek, manakala Soalan 2 merupakan tugasan penulisan mengenai topik harian (panjangnya 80 hingga 90 patah perkataan). Dalam Soalan 3, pilih hanya 1 tugasan untuk dilengkapkan dan pastikan anda telah menulis dalam kira-kira 130 hingga 140 patah perkataan untuk esei pendek anda.
Apabila anda belajar Bahasa Melayu sebagai pelajar di Malaysia, anda dapat belajar Bahasa Melayu dengan cepat untuk mendapatkan kelayakan antarabangsa ini.

Bagaimana belajar Bahasa Melayu dengan cepat pada peringkat dewasa?
Salah satu cara yang paling cepat untuk belajar Bahasa Melayu adalah dengan berinteraksi dengan rakan-rakan yang bertutur dalam Bahasa Melayu! Jom berbual dalam Bahasa Melayu - anda boleh kongsikan bahawa anda ingin belajar lebih banyak perkataan Bahasa Melayu melalui percakapan supaya mereka turut memberi respons dalam Bahasa Melayu semasa perbualan.
Katakan anda ingin mencari teman sebaya yang bertutur dalam Bahasa Melayu. Apa kata anda hadiri pertemuan kelab dan acara sosial di kawasan kediaman anda, ataupun cari bertemu secara dalam talian?
Anda akan lebih bermotivasi untuk menggunakan bahasa kebangsaan ini dengan setiap kawan yang anda jumpai!
Anda juga boleh membuat catatan tentang benda baru dalam Bahasa Melayu yang dipelajari. Bawalah buku nota atau buat catatan pada telefon anda untuk merekod frasa-frasa Bahasa Melayu baru yang anda pelajari. Kemudian, belajarlah untuk menggunakan frasa-frasa baru ini setiap hari.
Tingkatkan amalan menulis dengan menggunakan frasa-frasa tersebut atau gunakan mereka dalam perbualan seharian: apa-apa bentuk amalan tersebut tetap menjadi amalan yang baik asalkan anda menjadikannya sebagai kebiasaan.
Belajar Bahasa Melayu dengan cepat dengan menguasai kemahiran-kemahiran bahasa yang diperlukan dengan cekap dan berkesan.
Anda boleh belajar Bahasa Melayu dengan berkesan di bawah bimbingan tutor Bahasa Melayu yang sesuai untuk anda. Di Superprof, kami menjamin pengalaman pembelajaran yang terbaik kepada pelajar, itulah sebabnya kami menggalakkan anda untuk melayari katalog tutor Bahasa Melayu kami. Berbeza dengan kaedah konvensional di mana anda perlu daftar untuk mana-mana kelas Bahasa Melayu, kami di sebaliknya menggalakkan anda untuk kenali tutor anda terlebih dahulu.
Profil tutor di Superprof dilengkapi dengan penjelasan tentang gaya pengajaran mereka, kadar bayaran dan pakej pelajar, masa tindak balas, dan ulasan daripada pelajar lain - anda hanya perlu klik pada profil tutor yang anda berminat untuk belajar bersama. Tahukah anda bahawa banyak tutor Bahasa Melayu kami menawarkan kelas pertama mereka secara percuma? Daftar sekarang dengan Superprof untuk mendapatkan kelas percuma anda!
Jika anda baru berkenalan dengan Bahasa Melayu, anda akan melihat betapa meluasnya bahasa ini digunakan di Malaysia, tidak kira di mana anda berada dalam negara. Dengan harga purata RM39 untuk satu kelas Bahasa Melayu, belajarlah cara untuk bercakap dalam Bahasa Melayu dari guru yang berpengalaman, sambil juga bersedia untuk ujian Bahasa Melayu IGCSE anda. Semoga maju jaya!
Summarise with AI:









