Adakah anda berminat untuk belajar bahasa baharu?

Selain daripada kemahiran lisan yang lebih baik, tahukah anda bahawa anda boleh meningkatkan daya ingatan anda hanya dengan belajar bahasa baru? Kajian saintifik terus menunjukkan bahawa mempelajari bahasa baharu menggalakkan daya kreativiti dan meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah yang lebih baik. Jika inilah kelebihan-kelebihan yang ingin anda nikmati, mari kita lihat cara belajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

Bahasa Melayu adalah bahasa yang patut dipelajari kerana ia disanjungi sebagai antara bahasa yang paling mudah untuk dipelajari di dunia. Dengan itu, individu yang berumur lebih dewasa boleh dengan cepatnya mempelajari Bahasa Melayu, terutamanya jika mereka tinggal di negara yang mementingkan penggunaan Bahasa Melayu seperti Malaysia. Jangan menunggu lagi!

The best Malay tutors available
Kirthana
4.9
4.9 (26 reviews)
Kirthana
RM25
/h
Gift icon
1st lesson free!
Syarvin
5
5 (12 reviews)
Syarvin
RM55
/h
Gift icon
1st lesson free!
Niq
4.9
4.9 (14 reviews)
Niq
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Syuen yee
5
5 (10 reviews)
Syuen yee
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Nurul humaira izzati
5
5 (6 reviews)
Nurul humaira izzati
RM35
/h
Gift icon
1st lesson free!
Noratika
5
5 (4 reviews)
Noratika
RM15
/h
Gift icon
1st lesson free!
Fatimah
5
5 (7 reviews)
Fatimah
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Lee
5
5 (9 reviews)
Lee
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Kirthana
4.9
4.9 (26 reviews)
Kirthana
RM25
/h
Gift icon
1st lesson free!
Syarvin
5
5 (12 reviews)
Syarvin
RM55
/h
Gift icon
1st lesson free!
Niq
4.9
4.9 (14 reviews)
Niq
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Syuen yee
5
5 (10 reviews)
Syuen yee
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Nurul humaira izzati
5
5 (6 reviews)
Nurul humaira izzati
RM35
/h
Gift icon
1st lesson free!
Noratika
5
5 (4 reviews)
Noratika
RM15
/h
Gift icon
1st lesson free!
Fatimah
5
5 (7 reviews)
Fatimah
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Lee
5
5 (9 reviews)
Lee
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Let's go

Mengapa saya perlu belajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua?

Walaupun sekadar Bahasa Melayu untuk pelajar baharu, terdapat banyak manfaat yang datang akibat kebolehan bertutur dalam bahasa kebangsaan.

Jika anda menetap di Malaysia, Bahasa Melayu merupakan bahasa pertama yang paling sesuai untuk dipelajari, mahupun dibandingkan dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin. Sebagai bahasa kebangsaan, anda patut bersedia untuk ditanya "Apa khabar?" setiap kali anda berjumpa dengan rakan-rakan tempatan anda. Sebenarnya, anda boleh lagi berkawan dengan orang lain melalui perbualan harian dalam Bahasa Melayu.

Selain daripada persahabatan, kemahiran bertutur dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua tentulah disegani di tempat kerja anda. Oleh itu, keupayaan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan rakan sekerja dan pengurus membolehkan penyampaian idea dan pendapat yang efektif. Ia juga akan meninggalkan kesan positif bahawa anda berminat terhadap budaya tempatan semasa bertutur dalam Bahasa Melayu di tempat kerja.

Anda akan mudah berkomunikasi dengan penduduk tempatan di mana-mana sahaja dengan hanya mengingati frasa seperti "Terima kasih", "Selamat pagi" dan "Berapa?". Pada masa yang sama, anda dapat mempelajari adat istiadat penting dan destinasi yang patut dikenali. Lebih-lebih lagi, anda mampu berunding untuk dapatkan harga yang lebih rendah di pasar tamu dengan hanya menggunakan beberapa frasa Bahasa Melayu yang singkat!

Terdapat begitu banyak benda yang anda boleh belajar daripada sejarah Bahasa Melayu di Malaysia!

Bahasa Melayu untuk pelajar baharu
Berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan rakan sekerja anda boleh membantu dalam membina hubungan yang baik di tempat kerja. Beberapa frasa mudah dalam Bahasa Melayu sudah cukup bagi membantu anda di tempat kerja. (Image source: pexels.com)

Bagaimana belajar Bahasa Melayu untuk pelajar baharu?

Walaupun anda boleh menggunakan buku teks lanjutan, pembelajaran Bahasa Melayu menjadi lebih berkesan jika anda menggunakan langkah-langkah yang mudah diikuti:

Belajar daripada guru Bahasa Melayu yang berpengalaman

Walaupun terdapatnya pembelajaran, mungkin wujudnya cabaran terutamanya jika ini kali pertama anda mendengar tentang Bahasa Melayu. Mudahnya bingung terhadap frasa-frasa dan kosa kata tertentu jika anda tidak memahami cara bentuk kata-kata tersebut dan penggunaan kata mengikut konteks yang sesuai.

Dalam situasi ini, anda boleh mencari seorang guru Bahasa Melayu yang berpengalaman di kawasan anda untuk mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Anda juga boleh belajar Bahasa Melayu secara dalam talian dengan tutor yang sedia ada, seperti tutor Bahasa Melayu di Superprof. Dengan cara tersebut, anda boleh belajar tentang Bahasa Melayu dengan sokongan terbaik.

Guna aplikasi interaktif

Aplikasi interaktif seperti Ling App dan Simply Learn Malay adalah antara apps yang popular untuk mempelajari Bahasa Melayu. Selepas penilaian terhadap kebolehan semasa anda dalam Bahasa Melayu diselesaikan, aplikasi tersebut akan membantu anda mengasah kemahiran membaca, menulis, dan bertutur dalam Bahasa Melayu.

Penilaian terhadap progres anda juga merupakan antara manfaat lain yang boleh anda dapat menerusi aplikasi interaktif kerana anda akan tahu elemen-elemen bahasa yang perlu diperbaiki serta mempunyai kemudahan untuk mengulang kaji topik yang sudah dipelajari.

Aplikasi-aplikasi interaktif ini amat berkesan jika anda menggunakan ciri “peringatan” yang disediakan supaya kirimkan peringatan kepada anda setiap hari untuk melatih penggunaan Bahasa Melayu. Tidak perlu risau akan terlepas sehari lagi.

Nikmati hiburan di media

Ingin mencari cara yang seronok untuk mempelajari Bahasa Melayu dalam rutin harian anda? TV1, TV2, dan TV3 adalah saluran Malaysia yang popular yang banyak menggunakan Bahasa Melayu. Anda boleh mempelajari bagaimana Bahasa Melayu digunakan secara formal  dengan menonton berita, rancangan hiburan, dan temubual rasmi di saluran-saluran ini.

Pun begitu, ada kemungkinan rancangan TV bukan minat anda. Kalau begitu, apa kata anda cuba mendengar muzik Bahasa Melayu dan mempelajari perkataan dari situ? Artis-artis Malaysia yang menyanyi dalam Bahasa Melayu, seperti Shila Amzah dan DOLLA, amat popular walaupun peminat mereka sebelum ini tidak pernah mengenali Bahasa Melayu. Cuba sahaja!

Selepas ini, anda boleh mempertimbangkan untuk mengambil ujian penilaian, seperti Bahasa Melayu IGCSE, sambil belajar tentang kurikulum Bahasa Melayu di Malaysia 2023.

Belajar Bahasa Melayu untuk pelajar baharu
Saluran TV tempatan seperti TV3 menyediakan rancangan hiburan untuk penonton umum. Anda juga boleh mendengar muzik Melayu untuk mempelajari frasa dan perkataan yang popular. (Image source: pexels.com)
The best Malay tutors available
Kirthana
4.9
4.9 (26 reviews)
Kirthana
RM25
/h
Gift icon
1st lesson free!
Syarvin
5
5 (12 reviews)
Syarvin
RM55
/h
Gift icon
1st lesson free!
Niq
4.9
4.9 (14 reviews)
Niq
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Syuen yee
5
5 (10 reviews)
Syuen yee
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Nurul humaira izzati
5
5 (6 reviews)
Nurul humaira izzati
RM35
/h
Gift icon
1st lesson free!
Noratika
5
5 (4 reviews)
Noratika
RM15
/h
Gift icon
1st lesson free!
Fatimah
5
5 (7 reviews)
Fatimah
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Lee
5
5 (9 reviews)
Lee
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Kirthana
4.9
4.9 (26 reviews)
Kirthana
RM25
/h
Gift icon
1st lesson free!
Syarvin
5
5 (12 reviews)
Syarvin
RM55
/h
Gift icon
1st lesson free!
Niq
4.9
4.9 (14 reviews)
Niq
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Syuen yee
5
5 (10 reviews)
Syuen yee
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Nurul humaira izzati
5
5 (6 reviews)
Nurul humaira izzati
RM35
/h
Gift icon
1st lesson free!
Noratika
5
5 (4 reviews)
Noratika
RM15
/h
Gift icon
1st lesson free!
Fatimah
5
5 (7 reviews)
Fatimah
RM60
/h
Gift icon
1st lesson free!
Lee
5
5 (9 reviews)
Lee
RM50
/h
Gift icon
1st lesson free!
Let's go

Haruskah saya ikut kelas Bahasa Melayu IGCSE?

Adakah anda pernah mendengar tentang Bahasa Melayu IGCSE sebagai Bahasa Asing?

Jangan kelirukan sukatan pelajaran Bahasa Melayu IGCSE sebagai Bahasa Pertama dengan Bahasa Melayu IGCSE sebagai Bahasa Asing, yang membolehkan pelajar mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Walaupun kelas IGCSE kebanyakannya diikuti oleh pelajar sekolah menengah, pelajar daripada pendidikan alternatif dan pelajar dewasa turut mengambil IGCSE sebagai pendidikan lebih lanjut, tanpa mengira umur atau latar belakang.

Sukatan pelajaran Bahasa Melayu IGCSE sebagai Bahasa Asing, yang juga dikenali sebagai Malay 0546, mempertimbangkan pelajar yang masih berada pada tahap asas dalam pembelajaran bahasa tersebut. Walaupun tiada pengetahuan tentang Bahasa Melayu sebelum ini, anda boleh belajar bahasa baharu ini dalam suasana bilik darjah.

Sebagai pelajar baharu yang belajar daripada tahap yang paling asas, anda memerlukan masa sekitar 3 tahun untuk menyiapkan sukatan pelajaran ini jika anda menghabiskan sekurang-kurangnya 2 jam seminggu untuk kelas anda.

Anda boleh memperolehi penilaian kelayakan rasmi mengenai kecekapan anda dalam Bahasa Melayu walaupun belajar Bahasa Melayu untuk pelajar baharu. Selalunya, anda dikehendaki mempunyai pengetahuan asas dalam Bahasa Melayu untuk mendapatkan pekerjaan di mana-mana tempat di Malaysia.

IGCSE dianggap sebagai kelayakan yang diiktiraf global, jadi memilikinya dalam resume anda akan menarik minat bakal majikan jika anda hendak mencari kerja di Malaysia.

Ketahui lebih lanjut tentang apa yang membezakan Bahasa Melayu IGCSE sebagai Bahasa Asing daripada Bahasa Melayu IGCSE sebagai Bahasa Pertama dan di mana anda boleh menduduki peperiksaan Bahasa Melayu IGCSE di sini.

Di mana boleh saya dapat buku teks lanjutan untuk Bahasa Melayu?

Sekarang adalah masanya untuk mencari sumber-sumber Bahasa Melayu IGCSE.

Elok sekadar belajar Bahasa Melayu secara dalam talian: cari buku teks Collins untuk Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing yang berasaskan sukatan pelajaran IGCSE. Dikenali sebagai Cambridge IGCSE Student’s Book, anda boleh membeli buku teks yang penting ini di mana-mana kedai buku tempatan. Namun, anda juga boleh membeli buku teks tersebut pada harga yang lebih murah apabila mencari sumber terpakai dalam talian.

Cari juga buku kerja supaya anda boleh melatih kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Laman web seperti Shopee Malaysia membolehkan anda mengakses buku teks dan buku kerja untuk Bahasa Melayu IGCSE secara langsung daripada penerbit, jadi anda boleh mendapatkan sumber-sumber ini pada harga yang berpatutan.

Selain itu, laman web rasmi Cambridge IGCSE menekankan latihan menggunakan kertas-kertas soalan lama. Latihan sebegini boleh membantu anda biasakan diri dengan format peperiksaan sebelum menjalani peperiksaan Bahasa Melayu IGCSE anda. Di samping itu, lihat juga laman web BuukBook yang menawarkan koleksi kertas-kertas soalan lama Bahasa Melayu IGCSE yang anda tidak akan dapati di tempat lain.

Dengan buku teks lanjutan anda, anda tentu bersedia sebagai pelajar yang ingin mempelajari Bahasa Melayu di Malaysia.

Bahasa Melayu IGCSE Superprof
Anda boleh mengikuti kelas Bahasa Melayu IGCSE dalam talian dengan tutor Superprof, pada harga serendah RM15 untuk setiap kelas. (Image source: pexels.com)

Apa manfaat belajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam talian?

Dengan dunia yang semakin bergerak ke arah pembelajaran dalam talian, adakah itu bermaksud ia lebih baik daripada pembelajaran bersemuka? Jika anda seorang ahli dewasa yang bekerja, maka ianya masuk akal untuk memilih gaya pembelajaran yang paling relevan dengan keperluan anda. Anda boleh mengambil kelas dalam talian dengan mudah setelah pulang dari kerja, ataupun menyiapkan kerja rumah di rumah sambil menjaga anak-anak.

Pembelajaran bersemuka memang ada kelebihannya jika anda memerlukan interaksi yang berterusan dengan tutor anda. Demi bertanya soalan serta membincangkan topik-topik yang sukar, ia adalah berkesan untuk pelajar mengikut kelas bersemuka untuk lagi memahami bahasa Melayu. Adakah anda berminat mengikut kelas seperti ini dengan tutor Bahasa Melayu di Superprof?

Apabila anda belajar Bahasa Melayu dengan tutor Superprof, anda akan dapat:

  • Belajar daripada penutur asli tentang teknik berkomunikasi dalam Bahasa Melayu
  • Meningkatkan kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan lebih berkesan
  • Menjadi pengguna Bahasa Melayu yang lebih yakin!

Dengan harga serendah RM15 untuk setiap kelas, anda boleh belajar segala-galanya tentang Bahasa Melayu dengan tutor Superprof, sama ada secara bersemuka ataupun dalam talian. Jadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dengan mempelajari kosa kata dan tatabahasa penting yang dapat membantu anda skor dalam peperiksaan Bahasa Melayu IGCSE anda. Sungguhpun pelajar baharu, anda boleh belajar untuk bertutur dalam Bahasa Melayu seperti anak Malaysia!

Anda hanya perlu tahu gaya pembelajaran yang sesuai untuk anda. Cari gaya pembelajaran pilihan anda dengan melayari senarai tutor Bahasa Melayu kami di Superprof pada hari ini dan ikuti kelas Bahasa Melayu pertama anda secara percuma!

Summarise with AI:

Did you like this article? Leave a rating!

5.00 (2 rating(s))
Loading...

Ayleah

A lover of both psychology and food - Ayleah simplifies even the most complex ideas to make all things learning accessible to everyone. Read about interesting topics in Malaysia from a counsellor's perspective!