Sejarah bukan milik kita, kita adalah sebahagian daripadanya. - Hans-Georg Gadamer, ahli falsafah Jerman
Apabila kita memikirkan sejarah Bahasa Melayu, senang sahaja kita berikan tumpuan terhadap proses perkembangan bahasa tersebut di Malaysia. Sebenarnya, sejarah bahasa ini kaya dengan pelbagai cerita kerana ia meliputi beberapa benua!
Selain berfungsi sebagai bahasa perantaraan, Bahasa Melayu juga mewakili elemen-elemen seperti identiti bangsa dan perdagangan antarabangsa. Mari kita teliti beberapa peristiwa istimewa dalam evolusi Bahasa Melayu dan pengaruh bahasa tersebut terhadap kehidupan kita pada masa kini. Teruskan membaca!
Apakah yang istimewa mengenai sejarah Bahasa Melayu?
Bahasa Melayu secara formal dikenali sebagai bahasa Austronesia. Asal-usul orang Melayu boleh ditelusuri kepada masyarakat Austronesia yang mendiami:
- Sumatera (antara pulau di bawah wilayah Indonesia)
- Semenanjung Melayu (di mana Semenanjung Malaysia merupakan sebahagian kawasan daripadanya)
- Borneo (di mana terletaknya Sabah dan Sarawak)
- Pulau-pulau di sekelilingnya
Biasanya, kawasan-kawasan yang didiami oleh masyarakat tersebut adalah kawasan pesisir pantai.
Oleh itu, sejarah Bahasa Melayu banyak mengikitiraf orang Melayu sebagai "pedagang termasyhur" pada masa silam. Dengan budaya yang sejak awal-awal melibatkan perdagangan di sekitar kawasan pesisir pantai, tidak hairanlah bahawa mereka yang kini tinggal di sepanjang pantai Semenanjung Malaysia, Sarawak, dan Sabah dikenali sebagai "orang Melayu tempatan".
Berikutan perdagangan antarabangsa yang semakin popular, Bahasa Melayu banyak digunakan dalam urusan pentadbiran dan persekutuan, dan akhirnya dimasukkan ke dalam buku teks yang anda baca di sekolah. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengikat yang merentasi kaum dan budaya. Bukan sekadar itu, banyak dialek yang dituturkan di negeri-negeri Malaysia berasal daripada Bahasa Melayu!
Walaupun anda baru hendak mula belajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, anda boleh dengan mudahnya menguasai bahasa ini di mana-mana tempat di Malaysia.

Bagaimana sejarah Bahasa Melayu berkembang?
Walaupun terdapat banyak pendapat tentang bagaimana Bahasa Melayu terbentuk, evolusi Bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat zaman penting jika kita mengambil kira Malaysia. Teruskan mengeksplorasi sejarah Bahasa Melayu ketika anda belajar Bahasa Melayu di sekolah.
Bahasa Melayu Kuno (sekitar 2000 SM hingga abad ke-15)
Sebahagian besar rekod terawal Bahasa Melayu Kuno menunjukkan pengaruh kuat daripada masyarakat India, seperti yang dilihat dalam penggunaan kosa kata Sanskrit dan aksara Pallawa, iaitu aksara Tamil kuno yang diterima sebagai sistem penulisan Melayu pada masa itu.
Sistem penulisan Melayu berkembang untuk merangkumi aksara Kawi, iaitu sebuah aksara Jawa kuno. Dengan pemerintahan Srivijaya yang memerintah Kesultanan Melaka, penduduk pada masa itu mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai lingua franca.
Bahasa Melayu Klasik (abad ke-15 hingga abad ke-19)
Selepas Kesultanan Melaka, terdapat perubahan radikal dalam penggunaan Bahasa Melayu dalam perkembangan Islam. Walau bagaimanapun, sebahagian sebutan dalam bahasa Arab, seperti yang digunakan dalam Al-Quran dan Hadis, tidak dapat ditemui dalam bahasa Pallawa dan Kawi. Ini menyebabkan pembentukan aksara Jawi yang bersinonim dengan Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu Moden (abad ke-19 hingga tahun 1957)
Pada zaman ini, evolusi Bahasa Melayu bergantung kepada pengambilan kata-kata daripada bahasa penjajah seperti bahasa Inggeris, Portugis, dan Belanda. Pada masa yang sama, Bahasa Melayu mula dijadikan piawai berikutan perkembangan kamus dan peraturan tatabahasa. Apabila Malaysia, Indonesia, dan Singapura meraih kemerdekaan, Bahasa Melayu ditingkatkan kepada status bahasa kebangsaan.
Bahasa Melayu Kontemporari (1957 hingga kini)
Dalam zaman terakhir sejarah Bahasa Melayu, wujudnya sekali lagi cabaran dalam pemiawaian bahasa ini. Mujurlah kekangan ini diselesaikan melalui kerjasama linguistik antara Malaysia dan Indonesia pada tahun 1966. Walaupun terdapat banyak perkataan Melayu yang dipinjam dari bahasa Inggeris dalam zaman terkini, Malaysia masih mengutamakan penggunaan Bahasa Melayu di seluruh negara.

Apakah peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi?
Bahasa Melayu adalah salah satu daripada hanya 20 bahasa yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.
Untuk memahami peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, kita boleh melihat penggunaan Bahasa Melayu yang telah meluas di Malaysia. Sekarang, Bahasa Melayu telah distandardisasikan dalam negara, jadi, apa maknanya bagi rakyat?
Mari kita melihat institusi beraja di Malaysia.
Sejak kemerdekaan pada tahun 1957, negara kita telah memilih 16 raja. Institusi beraja di negara kita adalah unik kerana ia terdiri daripada sembilan Raja yang berketurunan etnik Melayu. Pada masa yang sama, Yang di-Pertuan Agong, iaitu raja yang dipilih oleh Raja-raja Melayu, juga harus merupakan seorang Raja Melayu dan diiktiraf secara rasmi sebagai ketua negara.
Dengan adanya Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu yang memerintah negeri-negeri yang berasingan di Malaysia, dapat diramalkan bahawa Bahasa Melayu biasanya digunakan dalam semua perkara berkaitan urusan negeri. Dari acara rasmi sehingga mesyuarat antarabangsa, aplikasi Bahasa Melayu dengan mudahnya merangkumi setiap kementerian, jabatan dan agensi. Dengan penjawat awam negara yang mengekalkan kerelevenan sejarah Bahasa Melayu, demikian juga bagi penduduknya.
Oleh yang demikian, Bahasa Melayu terus ditekankan dalam kurikulum pendidikan negara, di mana pelajar yang bukan berketurunan Melayu juga berpeluang untuk belajar bahasa Jawi pada tahap asas di sekolah vernakular. Malah mata pelajaran matematik dan sains turut diajar dalam Bahasa Melayu sehingga tahap sekolah menengah. Jelas bahawa kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu merupakan elemen penting dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu di Malaysia.
Siapa yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai lingua franca?
Tahukah anda bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa yang ke-10 paling popular di dunia?
Selain daripada Malaysia, Singapura dan Indonesia yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ini juga digunakan di seluruh Brunei dan bahagian selatan Thailand. Walaupun masih dipanggil sebagai Bahasa Melayu di semua tempat ini, perlu diingati bahawa setiap negara telah membuat penyesuaian unik terhadap Bahasa Melayu.
Sebagai contoh, kita boleh melihat perbezaan antara Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia yang mewakili elemen-elemen Bahasa Melayu yang berbeza. Di Malaysia, perkataan "kereta" digunakan untuk kenderaan, tetapi di Indonesia ia dipanggil "mobil". Kadang-kadang juga terdapat perbezaan yang kecil, seperti perkataan "lelaki" di Malaysia dan "laki-laki" di Indonesia, di mana kedua-duanya digunakan untuk merujuk kepada lelaki.
Walaupun perbezaan ini wujud, pengiktirafan Bahasa Melayu sebagai lingua franca di negara-negara tersebut menunjukkan penggunaannya yang luas. Oleh itu, keperluan yang mendesak supaya terus mendidik generasi muda tentang bahasa ini terus kekal. Itulah sebabnya dengan evolusi Bahasa Melayu, bahasa ini tetap menjadi subjek yang wajib dipelajari di sekolah rendah dan sekolah menengah.
Sekarang, Bahasa Melayu ditulis secara rasmi dalam aksara Latin, atau Rumi, di negara-negara Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Namun, aksara Jawi masih digunakan untuk memelihara kepentingannya dalam sejarah Bahasa Melayu. Sekolah agama, sebagai contoh, mewajibkan pelajar untuk belajar tulisan Jawi bersampingan versi Latinnya.
Anda masih boleh belajar Bahasa Melayu dengan cepat pada peringkat dewasa, walaupun merupakan pelajar baharu.

Bagaimana untuk mempelajari lebih lanjut tentang sejarah Bahasa Melayu
Anda tidak perlu mencari jauh untuk mempelajari tentang sejarah Bahasa Melayu.
Salah satu cara terbaik adalah dengan mempelajari bahasa itu sendiri.
Dengan Superprof, anda boleh memilih lebih daripada 800 tutor yang mengajar Bahasa Melayu di Malaysia. Anda boleh dengan mudahnya mencari tutor yang anda mahukan di laman web Superprof untuk mendapatkan tutor yang mengajar Bahasa Melayu di kawasan anda. Tutor-tutor kami di Superprof mengajar Bahasa Melayu dari peringkat sekolah rendah sehingga peringkat dewasa. Tahukah anda boleh mencari tutor Superprof yang merupakan penutur asli bahasa ini?
Sama ada anda sudah mempelajari Bahasa Melayu di sekolah ataupun merupakan pelajar baharu dalam bahasa ini, pembelajaran menjadi mudah jika anda berminat untuk mempelajari tentang sejarah Bahasa Melayu. Selain daripada sejarahnya, dapatkan kemahiran membaca, menulis, dan bertutur dalam bahasa Melayu - tidak lama lagi, anda akan fasih dalam bahasa kedua! Tutor-tutor Superprof dilatih untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran anda dan membantu anda mencapai tahap kefasihan yang diingini.
Anda boleh membuat pilihan untuk mengambil kelas bersemuka atau secara dalam talian, di samping menduduki sesi peribadi atau secara berkumpulan. Mendapatkan pengalaman belajar Bahasa Melayu yang selesa dan menarik adalah sebahagian daripada apa yang kami lakukan di Superprof, dan itulah sebabnya jika anda mendaftar hari ini, anda boleh adakan sesi Q&A bersama tutor pilihan anda secara percuma!
Dengan Superprof, anda boleh memberitahu tutor anda tentang format pembelajaran yang anda sukai dan menetapkan tarikh untuk kelas Bahasa Melayu pertama anda! Akses kepada pembelajaran tidak pernah lebih mudah dicapai.
Summarise with AI:









