IZAT - Malay tutor - Bintulu
1st lesson belanja
IZAT - Malay tutor - Bintulu

IZAT's email address and phone number have been validated.

IZAT

  • Rate RM50
  • Response 1h
IZAT - Malay tutor - Bintulu

RM50/h

1st lesson belanja

Contact

1st lesson belanja

1st lesson belanja

  • Malay

Bahasa melayu untuk SPM tidak semudah yang disangka. Akan tetapi bahasa melayu akan jadi mudah jika kita tahu teknik terutama di bahagian karangan.

  • Malay

Lesson location

About IZAT

Salam sejahtera,

Nama saya Mohammad Izat Idzani. Saya seorang yang sangat berminat dalam bidang pendidikan dan suka berkongsi ilmu dengan orang lain. Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai potensi untuk berjaya apabila diberikan bimbingan, sokongan dan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan keperluan mereka.

Saya ingin menjadi tutor kerana ingin membantu pelajar memahami sesuatu topik yang sebelum ini dianggap sukar menjadi sesuatu yang kelihatan mudah untuk difahami. Selain itu, saya juga ingin membantu pelajar mencapai keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan dan juga memupuk minat mereka terhadap pembelajaran.

Sebagai tutor, saya mengamalkan pendekatan yang mesra, sabar dan santai. Saya akan memastikan setiap sesi pembelajaran dijalankan dalam suasana yang selesa supaya pelajar tidak takut untuk bertanya soalan dan berkongsi pendapat. Saya juga akan menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut tahap dan keperluan setiap pelajar agar mereka dapat belajar dengan lebih berkesan.

Saya berharap dapat membantu anda meningkatkan prestasi akademik, membina keyakinan diri, dan mencapai matlamat pembelajaran yang diinginkan.

See more

About the lesson

  • All levels
  • English
  • Malay

All languages in which the lesson is available :

English

Malay

Dalam sesi pembelajaran subjek ini, saya bukan sahaja membantu pelajar memahami topik yang dipelajari di sekolah, akan tetapi ingin membimbing mereka menguasai kemahiran tatabahasa, penulisan karangan, pemahaman petikan, serta teknik menjawab soalan peperiksaan dengan lebih berkesan.

Saya mengutamakan suasana pembelajaran yang selesa dan interaktif supaya pelajar yakin untuk bertanya serta mengemukakan pendapat. Setiap sesi akan disusun secara sistematik dengan latihan yang bersesuaian bagi memastikan perkembangan pelajar sentiasa dalam keadaan baik.

Matlamat saya adalah untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik, membina keyakinan diri dalam penggunaan Bahasa Melayu, dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

See more

Rates

Rate

  • RM50

Pack rates

  • 5h: RM250
  • 10h: RM500

free lessons

This first lesson is free to allow you to get to know your teacher so that they can best meet your needs.

  • 1hr

online

  • RM50/h

Similar Malay tutors in Bintulu